Tuesday, July 26, 2011

Tiket perlawanan Malaysia vs Singapura dijual 9 pagi esok!

Bermula 26 Julai, jam 9.00 pagi, tiket perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia vs Singapura akan mula sehingga pada hari perlawanan, 28 Julai 2011.

Tiket mulai dijual dari 9 pagi - 7 malam di :
- Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Pintu A, Stadium Shah Alam.
- Penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan. Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my

Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
- RM50 untuk tempat duduk utama (grandstand),
- RM30 (terbuka) dan
- RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Malaysia yang kalah 3-5 di Kota Singa, memerlukan perbezaan jarak 2 mata at least di Stadium Bukit Jalil untuk mara dan berbekalkan 3 gol lalu di pihak lawan rasanya tidak mustahil. Asalkan defend marking betul-betul. Jangan leka! Bahagian serangan kita bagus, midfield kena lebih kreatif dan banyakkan hantaran ke kawasan lawan. My 2 centla.

This is the time to make it happen! Go Malaysia!

More info
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiketperlawananMalaysia-Singapuradijual9pagiesok/Article

http://www.tickethotline.com.my/index.php/featured/world-cup-2014-qulifying-malaysia-vs-singapore/

No comments:

Post a Comment