Thursday, June 30, 2011

Transformers 3 Dark of the Moon!

Baru balik tengok sneak peak Transformers 3, Dark of the Moon di Cineleisure Damansara. Bersama-sama Azwar Rico and cousin with girlfrriend, also Carniz. My son Adam, turut serta. Dia memang looking forward selepas teaser dan trailer transformers keluar bertubi-tubi di televisyen. Luckily with some help and luck, manage to find tickets awal.

Kira last minute deal. Nasib baik dapat.
Sampai 1 jam awal. Parking penuh and close di Cineleisure. Terpaksa parking di The Curve. Kena menapak pulak tu. Penat. Adam pun sama. Thought, show jam 9pm, rupanya 9.30pm. Lepak sambil tunggu 9.30pm then terus masuk pawagam.

Selama 2 1/2 jam movie, all i can say is nice! Better than part 2. Susunan cerita bagus (Not bad for newcomer Rosie Huntington-Whitely...but still we miss Megan Fox, seriously). Worth watching expecially in 3D. Kebanyakan yang dalam pawagam, pantang nampak Optimus Prime, jerit. Nampak Bumblebee, jerit.... part lawan-lawan, jerit lagi. Maklumla childhood hero. Dari kartun ke layar perak.. hahah.... It's fun.

Walaupun this will be the last for Michael Bay, directing Transformers, he wrap this one with class. (Kecewa sedikit from the TF The Movie lagi kerana dia modified all the character from G1 sebenarnya). Something we all don't expect, dan some scene copy dari G1 cartoon episode like the scene Autobots dikerah keluar dari bumi. Lupa episode mana entah.  Opss... tercerita pula... hahah!

For more, pergilah tengok sendiri. Experience it with 3D. All i can say, makan awal sebelum show, wee-wee sebelum show because duration 2 1/2 hours. Kalau keluar wee-wee masa show, rugi... Even i will go for second show later this weekend (tak pergi wee-wee pun) because ada certain parts yang sedikit samar.

Tuesday, June 28, 2011

Manchester United Trophy Tour 2011 in Kuala Lumpur!

Original link http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Club-News/2011/Jun/Reds-embark-on-Asia-Trophy-Tour.aspx

Hahah... Manchester United kini kembali pada 4 dan 5 Julai 2011 ini. Bukan menentang dengan pasukan Malaysia BUT showoff trophy kejuaraan ke-19 kepada khususnya fan-fan Malaysia dan Asia amnya.

Walaupun pasukan lain seperti Arsenal (13 July), Liverpool (16 July) dan Chelsea (21 July) datang untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia (GO MALAYSIA!), Manchester United terlebih dahulu datang membuat kejutan membawa piala dengan pemain seperti Ji Sung Park and other United players past and present Siapa dia? ( Evra maybe...) Venue? Still not confirm yet. Will update later.

Trophy Tour ditaja oleh club partners seperti Nike, Audi, Turkish Airlines, Hutchison 3, Danamon Bank, Singha, TM, PCCW and MUFB.

So sesiapa berhajat nak take a glimps of the trophy itself, sila datang and bawa camera. Pakai jersey Man United or Malaysia pun ok. Stay tune and have fun.

p/s: Baik punya cilok...sekali 3 pangkah.

Friday, June 24, 2011

Arsenal, Liverpool dan Chelsea menentang MALAYSIA.

Ticket links for ARSENAL fan  http://www.ticketpro.com.my/jnp/sports/football/662672-arsenal-football-club-tour-2011.html

Ticket links for LIVERPOOL fan  http://www.ticketpro.com.my/jnp/sports/football/666109-liverpool-football-club-tour-2011.html

Ticket links for CHELSEA fan  http://www.ticketpro.com.my/jnp/sports/football/657615-chelsea-football-club-tour-2011.html

Pasukan Malaysia akan mengadakan "Friendly Match" dengan kelab gergasi EPL- Chelsea, Arsenal dan Liverpool. Tiket telah pun dijual dan tak banyak tinggal. Beli awal dapat pass exclusive training ticket dan ianya limited. Just click above link for more info. Nak cepat, telefon saja TicketPro Malaysia.

Hope timnas Malaysia play good football. Tak perlu takut, gentar atau segan, walaupun bermain bergesel bahu dengan pemain handalan seperti Steven Gerrard, John Terry dan Cesc Febragas. Lawan tetap lawan. Go Malaysia, Go!

Tanah tumpahnya darahku. Betul.
Aku baru beli jersey baru Malaysia, for this upcoming game walaupun ada jersey lama. Saja nak rasa baju baru... baju kemenanganlah katakan....heheh...Original? Sudah tentulah. (Katakan TIDAK kepada cetak rompak!) Mula dijual di butik-butik Nike, untuk Home and Away kit. While stock last dan saiz dah tak banyak tinggal. Cepatannn....

Tuesday, June 21, 2011

Kungfu Panda 2 Tumbler

Kungfu Panda 2 Tumbler dari TGV Cinema.


Cantik?

This is comparison between this tumbler and my daughter's botol susu. Quite big. Bawah isi drinks your choice-ais lemon tea... jaga suara beb!) and atasnya compartment isi popcorn. Secara tak sengaja, lalu depan TGV KLCC, nampak promo Kungfu Panda 2 popcorn set. Terus grab dengan harga RM14.90. While stock last.

Tuesday, June 14, 2011

Selamat tinggal telco M dan Welcome back telco D-Part 2. FINALE!

Masa cepat berlalu. Banyak benda berlaku sampai terlupa perkara-perkara yang kita anggap kecil tapi besar kesannya. Semasa buat clean up blog aku, terperasan yang aku ada hutang satu cerita pasal Telco M yang overcharged aku.

Begini, aku dah pergi jumpa person incharge, bulan lepas rasanya.  Beritahu masalah, kenapa bill aku naik mendadak selama 10 hari, rm 260++ walaupun aku dah bayar rm100. Macam-macam alasan bagi. Kata aku buka internet lama, kadar dah naik.. blah..blah.. blah.....Lagi aku tanya , lagi dia jawab. Macam dah dilatih kalau berjumpa customer-customer yang masalah macam aku. Menjawab saja.

Fed up dengan tengok muka dia, aku bayar rm50. Siap tanya aku bila mahu bayar balance. Aku cakap, nantilah... Terus pergi. Panas.

Ada baki tak berbayar. Lepas rayalah jawabnya. Bukan ada faedah atau interest rate pun. Janji bayar. Kalau bapa aku kaya, bolehlah aku bayar tanpa banyak cakap.

Dari bayar full, baik aku buat makan anak-beranak. lagi bagus.
Sorrylah aku nak recommend Telco ni. Buat panas hati saja....rabak poket aku.

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Terengganu Juara FA dan tiada lagi monopoli ASTRO.

Original link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SemuastesenTVsiarprogrambola/Article

Selain berita kemenangan Terengganu sebagai Juara Piala FA 2011, menumpaskan Kelantan, ada satu lagi berita yang boleh dikira agak menarik- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menamatkan monopoli penyiaran program bola sepak oleh stesen penyiaran berbayar bagi membolehkan ia dapat ditonton rakyat yang tidak mampu melanggani khidmat stesen berkenaan.

Rasanya ramai yang feel good about this news- termasuklah aku. Why? bayaran Astro semakin mahal. Last time, i pay rm44.75 dan terus naik sehingga kini tiap-tiap bulan bayar rm70.96 termasuk tax. Bulan Jun atau Julai ni, Astro akan "restucture payment"....bad news to consumer. Memang tak sanggup nak bayar kalau nanti cecah rm100...just to watch tv only.

Harap ada pihak seperti big company like RTM, Media Prima dan TM ambil peluang ni dan beri rancangan-rancangan menarik expecially sukan, untuk rakyat yang tak mampu nak bayar Astro. Dalam erti kata lain, beri saingan sihat supaya pengguna dapat memilih yang mana bagus dengan apa yang mereka bayar.

Astro bukan tak bagus, but certain things yang made customers unhappy. Apa dia? Pergi buat survey. Tak percaya, tunggu bila TM, Media Prima or RTM beli rancangan yang sama dan kos yang murah or free...then you'll get the answer.

Thursday, June 9, 2011

Optimus Prime di 1 Utama!

Secara tidak sengaja terjejak kaki ke 1Utama/OU pasal members sale di salah sebuah butik hari ini. Memang tak larat nak pergi sana, dengan trafik jam yang teruk, cuti sekolah-sure ramai. Tapi jangkaan meleset, trafik jam yang lite and easy, tidak ramai orang. Kira OK la...gagahkan juga pasal wife ajak. Adam yang baru baik demam pun nak jalan-jalan. Baby Sarah tak ikut. Stay rumah nenek.

Selesai parking, turun ke 2nd floor. Maknya pergi shopping. Aku dan Adam lepak dekat kerusi yang sememangnya boleh jenguk ruangan concourse di bawah. Adam tengok ke bawah dan terus gegas tarik aku.
"Jom turun bawah abah! Ada Optimus Prime dan Bumblebee".
Aku pun jenguk bawah. Ya. Ada Transformers Dark of the Moon. Joint event with Hasbro, 1Utama, TransMy, Cheverolet, Aprillia and Parkson.

Aku dan Adam turun. Ada toys exibition by collectors Malaysia-hebat!, jualan toys dan merchandise upcoming Transformers 3 movie: Dark of the Moon, pameran kereta, motorsikal oleh Chevrolet dan Aprillia. And the main attraction is humangus 22 feet Optimus Prime robot mode dan Camaro SS Bumblebee car mode ... memang cantik.

Main attraction: 22 feet Optimus Prime. Hebat.
 Camaro SS Bumblebee. Lawa. Harga pun sama lawa. Berani?
Pelbagai barangan dan robot sempena Transformers 3: Dark of the Moon. Harga tetap dan tiada diskaun.

Toys evolution of Bumblebee. From Generation 1 until now.
Antara robot-robot yang dipamerkan. Ada yang telah di "upgrade/customize" oleh collector sendiri.
Booth 1Utama pula buat promotion for OneCard customers by giving away free 4 pieces limited edition Transformers Dark of the Moon postcards and 2 limited edition Transformers members card to choose either Optimus Prime OR Bumblebee (Membership free for 3 years!). For exiting members just purchase rm100. New members, purchase rm200 only All purchase must from shops yang ada sticker OneCard only. Luckily, wife spent rm100 and we got 2 sets, why? Aku terbeli barang daa....dan terus jadi member.

Kad cantik. Membership untuk kanak-kanak, percuma. Kalau perasan ada satu kad gambar muka budak, itu Adam dan baby Sarah punya.
Sesiapa yang berminat boleh head down to OneUtama. Event dari 7-12 June 2011. Berjalan jalan bersama family atau bersama gadis/ abang tercinta, your call. Oh ya....the limited Transformers cards and postcards while stock last!

Transform and roll out!

Thursday, June 2, 2011

School holiday...mana mahu pergi ni?

Cuti sekolah bermula Isnin lepas, selama 2 minggu.
Adam, eldest son ask me " Abah, boleh tak pergi Taman Burung".
"Mmmm? Mana Adam tau ni?"
Dia ambil brosur atas meja makan. Bagi aku.
Bird Park- sah Auntie tertinggal masa nak pulang kolej.

As i browse through, menarik. Rasanya dah lama tak jejak kaki ke sana. But, timing for me and wife. Tak kena.
So i offer him.
"Apa kata khamis ni tengok Kungfu Panda. Weekend pergi Bird Park".
Smile. "Okey!".

He begin to understand and listen. Tidak memberontak, membentak atau meraung. Syukur! Kira boleh "kaw-tim". Sekarang, dia 6 tahun. Next year, darjah satu. Pejam celik, pejam celik nanti, form 1. His getting older, and so do i... Rasa macam semalam saja, dia keluar dari perut maknya.

Today, khamis. As promise, Kungfu Panda movie date. 3D pulak tu....normal 2D habis. The girls? Hangout and shopping. Lagipun, baby Sarah bawah umur... kalau masuk juga, tak pasal- pasal si panda, Po dialih suaranya dengan baby Sarah!

Hiyyaaahhh!