Sunday, May 29, 2011

Barcelona is the 2011 UEFA Champions League Winner

More Info: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/3606983/Man-Utd-boss-Alex-Ferguson-No-shame-in-losing-to-the-greatest.html

Ingat tidur awal boleh lepak tengok bola Final Man Utd vs Barcalona dengan kawan-kawan di Cheras. Sekali terbabas! Tengok jam 2.30am.. perghhhh.... bergegas ke mamak dekat rumah. By the time sampai sana, full! pack jammed. Tiap-tiap kedai mamak, kedai tomyam, apa saja yang ada live telecast Champions League, penuh. Kalau dengar Final Man Utd vs Barcelona, lagi penuh. Sampaikan cawan pun habis. Itulah penangan bola sepak di Malaysia, expecially pengaruh dari pasukan-pasukan EPL.

Terus cari seat. Dapat satu spot dekat tempat buat air. Kalau nak duduk sorang satu meja, jangan harapla. Duduk saja dengan sesiapa pun. Kalau MUFC supporters ok juga, aku semalam sebelah mamat Barcelona. Bayangkan, result 3-1 Barcalona, 3 kali score, 3 kali dia melompat dan berjoget, macam menang loteri 100 billion rupiah! hahah...disebabkan budak mentah aku layankan saja.

Ok, about the game, senang cerita Barcalona main bagus. Deserve to win. Mostly national Spain player, so kesefahaman tu ada. Man Utd kena usaha lagi, walaupun semalam banyak cubaan-cubaan menarik. Sir Alex pun mengakui "We were beaten - there is no other way to address the situation - by the best team.

Nak komen panjang pun tak guna. Ramai lagi juru-komen alam siber bagi ulasan pasal game semalam. So sila cari for more info. Pada aku, best team win. Kalah apadahal! Tahun depan masuk lagi. Bukan guna duit poket aku pun, aku support saja.

Balik jam 5 pagi lepas throphy presentation. Mengantuk.....
Congrats Barcelona!

p/s: Mungkinkah badi baju putih away, make Man Utd fail to deliver? Anda tentukan!

Monday, May 23, 2011

19 is the new number for Manchester United!

CHAMP19NS! Kejuaraan ke-19

Baru balik kedai mamak tengok last game Premiership. Penuh macam biasa expecially big game. Blackpool give one hell of a fight for survival, making 1-1 half time, but end up kena balik dengan one own goal by Evatt dan one finisher by Michael Owen, making it 4-2 full time. Congrats! One down and one to go. Champions League, minggu depan dengan Barcalona!

Best wishes and good luck to Van de Sar. Will be tough job finding suitable candidate replacing him.

Tearing You Apart Since 1991, Glory, Glory Man United!

Saturday, May 14, 2011

Adidas TRX

Nice. Empat perkataan saja menggambarkan tentang kasut ni. Keaslian disahkan. Selepas beberapa tahun tak sangka jumpa kasut ni, kena dengan saiz aku. Selepas gagal mencari merata KL dan sekitar, cari pula di eBay-jumpa, tapi tak berani nak tekan butang Bid/Buy it Now. Why? Mahal yaaaaaaa amat. Tak percaya, tengok sendiri di eBay. Tu belum masuk kos shipping/ postage.  Now me happy.

Inilah dia kasut pujaan hati dolu...
Kasut ini reissue from 70's, jadi tak hairanlah kasut ni nampak a bit retro looking, tidak seperti kasut buatan sekarang. Bagi retro lover, warnanya Navy/Yellow tapi pada aku kuningnya, "more flourocent" sedikit. Sebahagian besar atas kasut terdiri daripada "Mesh" dan "Suede". Ia juga menyerupai elemen reka bentuk kasut asal tahun 1976 termasuk "3 Flourocent Stripes" dan "Circular Mold Disc Pattern Outsole" - untuk cengkaman tambahan.

Antara elemen rekabentuk TRX
Datang dalam dua warna- Navy/ Yellow dan Grey/ Blue. Sayangnya, susah nak nampak kasut-kasut macam ni di rak- rak kedai, di Malaysia. Kalau ada pun kuantiti sedikit. Daripada info, Malaysia mempunyai ramai shoes collectors. For me, beli dan pakai, walaupun rare sekali pun-pakai. Tak dapat Adidas Jeremy Scott 2.0 (rasanya kasut tu hip sangat...) pun okey,  Adidas TRX kan ada! Alhamdulillah, syukur.
Left: Grey/ Blue and Right: Navy/ Yellow
Baby Sarah with my shoes!
Terima kasih kepada En. Farhan dan parents.- TOSS= The One Stop Shoes di Facebook. God bless!

Tuesday, May 10, 2011

Lawatan ke Amcorp Mall. Shocking sehh!

Last week, berjalan-jalan di Amcorp Mall, tempat where you can find almost everything new and rare stuff. With the power of good bargaining, you might walk away with cool stuff expecially kalau terjumpa barangan idaman hati. Tak kiralah, old record player, tupperware (design baru atau lama), tin dan botol coca- cola, signage kedai kopi dulu-dulu, topi askar German, pelbagai jenis Transformers even benih pokok bunga pun boleh dapat di sini.

Tidak meletakkan apa-apa sasaran utk jumpa apa-apa pun, disini takut terkecewa. So, kalau nampak apa yang berkenan dan harga bagus, aku sapu...opsss... beli.

Sedang elok berjalan-jalan sambil cuci mata, terserempak dengan this shoes diatas salah satu meja seller di Amcorp Mall. Too obvious not to notice. Tak sangka, jumpa kasut idaman hati yang last sekali tengok tahun 2007 di Ampang Point. Tak grab kerana saiz tiada.
Adidas TRX sneak peak. Later, preview.
Yang bestnya, cuba fitting dan tadaaa! muat. The seller (husband and wife) said "tinggal satu", anak beli dekat UK tapi salah saiz. Disebabkan tak bawa cash banyak, aku reserve pakai "ayaq liuq" dengan harapan seller simpankan. After 2 days, meet up dekat Bandar Baru Bangi untuk COD. Later, aku bagi review.

Adam got his small transformers, Wifey and Sarah got their stuff. Me? pending but puas hati.

Kadar Baru Kompaun Saman

Original Link http://www.rmp.gov.my/defaultbase.cfm?path=news/news_page.cfm?action=action&type=#

"The More You Delay, The More You Pay"
Prinsip yang diperkenalkan oleh PDRM, JPJ dan DBKL. Berkuatkuasa 1 Mac 2011. Berikut adalah jadual jenis kesalahan, jenis kenderaan dan jumlah kompaun.


Moga jadi panduan untuk anda membayar saman.

Sunday, May 8, 2011

Every Day is a Mothers Day, Father Day, Teachers Day!

Today is Hari Ibu. But for me, every day is a Mothers Day, tak perlu spesific date for it. Begitulah hendaknya untuk Fathers Day, Teachers Day dan sewaktu dengannya...

Walaupun begitu, kepada wife, emak, mak mertua, moga panjang umur dan murah rezeki. Without them, tiadalah kita sekarang. Walau mak marah-marah, bebel suruh pergi mandi (walaupun satu hari tak mandi) ataupun pergi solat on time, pesan jangan balik lewat pagi selalu, etc. Semuanya bersebab. Semuanya for our own good. Mak takkan marah tak tentu pasal. Mak macam mana pun mesti sayangkan anaknya.

So behave and be nice to them always sampai bila-bila. Syurga dibawah telapak kaki ibu, wokey!

Thursday, May 5, 2011

Date with MUFC vs Barcalona on May 28th---UEFA CHAMPIONS LEAGUE---

Done and dusted. Now, finale at Wembley.
Manchester Unted will face Barcalona on May 28th.

Wallpaper dari www.manutd.com
Adakah sejarah 2009, kalah di tangan Barcalona akan berulang? HOPE NOT!
Man United akan menggunakan "away kit" (putih) di Wembley, dan kalau tak silap, hanya sekali saja Man United menang menggunakan kit putih pada 1991. Mostly menang pakai "home kit", merah. Nama pun "Red devil". Hopefully, they can overcome Barcelona at Wembley.

Kalah di Rome, 2-0 jaringan E'to dan Messi.
"I don't think we should be going there lacking in confidence, Barcelona's form in Europe has been very good this season; we're playing a fantastic team, but we can't be frightened out of our skins because of that. Their form is there for everyone to see; our job is to find a solution to playing against them.A final at Wembley should represent the qualities in history and tradition at both clubs. Certainly it should be a good game.
-Sir Alex Ferguson, United manager
Next stop, Chelsea at Home this Sunday 8hb May (11.10 mlm waktu tempatan), menang keatas Chelsea, cerahlah untuk rangkul kejuaraan ke-19, mengatasi Liverpool.

More info
http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Football-News/2011/May/sir-alex-ferguson-we-can-win-european-cup.aspx

http://www.uefa.com/uefachampionsleague/matches/season=2011/round=2000121/match=2007744/postmatch/quotes/index.html

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja!

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja seluruh Malaysia. Tak kiralah makan gaji tau kerja sendiri. Kepada bos-bos, ingatlah tiada pekerja, tiadalah untung. So, silalah bayar gaji pekerja cepat-cepat. Mereka pun ada anak bini untuk diberi makan, hutang kena bayar. Untung berjuta, jikalau kedekut alamatnya tuhan tarik balik rezeki. Menyesal pun dah tak guna masa tu.

P/s: Harap kawan-kawan office lama, dah dapat gaji. Walaupun aku dah tahu mereka still tak dapat lagi. Moga tuhan murahkan rezeki mereka. Amin.