Wednesday, March 30, 2011

Star Wars Adidas Evil Jersey

Recently got myself a new jersey/ kit for my small collection. My collection tidaklah hebat seperti collector- collector jersey/ kit lain yang penuh satu bilik with all kind of clubs and country. For me, payah nak maintain and the price also not cheap. (budget bagi yang ada family tak sama macam orang bujang, ingat tu. tak boleh nak main sapu saja...) Price depends on rarity and how famous is the club/ country is.

Tunggu dari tahun lepas, tapi masuk Malaysia sekali saja dan kuantiti sedikit. So i miss the train. 

Parcel sampai dari Hong Kong. Order sehari selepas gempa bumi di Jepun. Radiasi- Tiada. Alhamdulillah!
Baby Sarah pun tolong sekali. Adam, tidur awal- sekolah maa...
Authentic merchandise dari Adidas. Pueh hati den!
Received this Star Wars Adidas Evil Jersey last week. It's a 2010 edition. First impession- Cantik! Retro cutting with red and black stripes. Before buying this, aku try fitting dekat Adidas shop. Test jersey AC Milan. Suprisingly, saiz M... yes size M, kecil but for retro looking kena lah pakai fit sikit. Baru dada nampak bidang... heheh!



Yang hebatnya, jahitan Adidas Star Wars sebelah kanan dada dijahit dengan benang emas. The imperial logo di sebelah kiri, pun emboss juga. This jersey/ kit comes with numbering and names. On the left sleeve, ada signature "D.Vader, The Deadly Finisher".


Ada kolar, boleh naikkan just like Cantona, a Manchester United legend. Tag baju pun retro with star wars design in it. With "May the force be with you" writing on it.

Death Star Communication- Penaja rasmi footballer emperor.
Memang best, bagi collector jersey/ kit ataupun Star Wars lover. Retro looking and fit. Color nice (AC Milan stripes + macam baju referee WWE pun ada... haha!) Worthbuying, i assure you. Ada 2 lagi version in this line, a blue Skywalker and black-rasta Bobafett design. Kepada collector or Star Wars lover, this jersey/ kit is nice to be added to your collection.

Bak kata Darth Vader "Impressive.. very impressive".

Friday, March 25, 2011

4 Hebat

Baru-baru ni, tengok TV dengan Adam dan baby Sarah. Sekali keluar, cerita Fantastic 4. Then, Adam asked.

"Abah, ni cerita apa?"
"Cerita Fantastic 4, Adam. Why?"
Dia try sebut satu-satu wording "Faan-tass-tiiic".
Tanya lagi "Fantastic tu apa?"
Aku terus sebut "Hebat. 4 Hebat".
"oooooo... so ni cerita 4 Hebatla. Best".

Aku angguk. Rasa macam pelik bila translate from Bahasa Melayu to Bahasa Inggeris or the other way. Bunyinya berbeza. No offence, but you must be good when translating sentences or words. Kalau salah, naya.
Dia terus keluar dan selisih nenek dia. Nenek tanya.
 
"Adam tengok cerita apa?"
"Adam tengok cerita 4 Hebat!"
Terpinga-pinga orang tua tu... 4 Hebat? cerita apa yang hebat?
Aku dah bantai gelak dekat bilik sebelah, dengar Adam explain dekat neneknya...

p/s: Pakar bahasa, jangan marah kalau silap. It just a good time with my son.

Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour 2011- Please Switch Off Your Lights!

Original Link http://wwf.org.my/?12300/Earth-Hour-at-Sunway-Pyramid

Earth Hour 2011 kembali lagi pada 26 Mac 2011 (SABTU) bertempat di Oasis Boulevard, Ground Floor di Sunway Pyramid, Malaysia. Kepada mereka yang "terjalan-jalan" area Sunway atau Subang, bolehlah singgah.


Jangan lupa tutup lampu pada March 26th nanti, bermula 8.30pm-9.30pm. Kalau nak tutup, terus lagi bagus, wehh. Support Earth Hour!

Monday, March 21, 2011

Adidas JS Wings 2.0

Minggu lepas, aku ada try Adidas JS Wings 2.0 by ObyO collaborator Jeremy Scott. Today, aku nak review about this marvelous sneakers. 
Cantik dan nampak "cool".
Kasut ni design more on hip- hop + basketball. Dengan design flames on it, memang semua akan pandang kaki anda- kasut ni memang eye-catching. About the wings, kasut ni memang ada edge, kalau yang main basketball, sure terbang tinggi, hoho! Tak tahu samada sneaker ni, boleh digunakan semasa game NBA. Kalau ada player yang pakai, memang cool indeed.

Bahagian depan, simple dan kemas!
Bahagian belakang simple.
This is my 2nd time pakai kasut high cut. Last time, pakai kasut Aliph masa sekolah. Apa itu Aliph? Tanya kawan-kawan yang sekolah awal 80- 90an, kasut Aliph tengah "in". Sekarang pun, like collectors looking for it and kalau jumpa pun, it cost dearly. Tak percaya, tak apa.

Back to the subject, bila dah sarung kasut ni, it feels good. Bila berjalan pun rasa tinggi sedikit. Tapi saiz berubah, (I wore Adidas Beckenbauer Allround saiz 9.5) this sneaker saiz 10.5. Why, sebab kaki aku lebar. Mungkin kasut ni untuk mereka yang kaki kurus dan tinggi kot. But make sure, betis mantap, jangan pulak cekeding. Buruk nampaknya.

eye-catching
Kalau collector sneakers, memang wajib beli satu. Untuk aku, tidaklah beli untuk simpan semata-mata. Mesti pakai punya. Kalau beli sekali pun, berani tak pakai depan public? Macam nak beli, but still timbang-timbang cause of the price-rm799. Bagi yang berminat boleh pergi Pavilion KL or Adidas Originals outlet. If not boleh try ebay (mungkin harga murah sedikit). As for this this sneaker memang eye-catching because of the wings and the flames. Apa-apa hal pun, yakin boleh! 8 Bintang!

Tuesday, March 15, 2011

Projek Pavillion KL

Last Saturday ada project istimewa, pergi Pavillion KL. Why? Taking pictures of the UEFA Champions League (UCL) Trophy dan berjalan-jalan survey barang. Banyak kedai sale, yang tak sale, harga saja... huhu! Sampai saja nearly 4.20pm, terus cari makan at Pavillion Foodcourt. Punyalah ramai but still boleh cari tempat duduk.

Within 40 minutes selesai makan, terus naik concourse area. Dari jauh nampak trophy bola sepak kebanggaan eropah sejak dahulu, kira ramai dah pegang. Nasib baik trophy on tour, merasalah pegang.

Kilat sungguh. Emcee kata the real one.
Pentas utama penuh dengan peminat.
Orang ramai beratur ikut turn bergambar dengan trophy. Free photo!
Beratur tak sampai 20 minutes, then our turn. Me dan Adam. Tetiba Adam takut sebab orang ramai kerumun depan pentas.
" Adam tak maulah Abah, takutlah. Nak duduk dengan baby Sarah"
" Jomla, kejap je," still pujuk ni.
Senyap. Terus pergi ke maknya.

Tak mahu buang masa terus pergi seorang tangkap gambar dengan trophy. All pictures taken using Polaroid and it's free. Camera phone pun snap juga, wife ambil.

Antara barangan yang digunakan oleh committee UEFA dan jersey player pasukan yang bertanding.
Kejap saja dapat gambar.Tengok balik dari tempat beratur, ramai orang still nak ambil gambar. Ada yang bawa lens panjang sejengkal, 2 jengkal... Pergh!..aku pakai phone aje. Pocket camera tak on. Dah dapat polaroid. Dapat juga snap beberapa barangan yang digunakan semasa game dan jersey club yang bertanding.
p/s: Sorry, Bolton tak masuk. lain kali ok.

Terus naik Parkson dan still pujuk lagi. Sambil tu, jumpa mascot "Mr Potato Head", okey pula nak tangkap gambar. Lepas saja tangkap dengan kentang besar tu baru okey nak tangkap dengan trophy. Itu pun nak aku duduk sebelah. Terus turun berdua, while wife and Sarah tunggu kat Baby Gap. Tak sampai 10 minutes beratur, selesai. Tengok gambar, terus senyum.


Terus berjalan-jalan sekitar Pavillion. We survey lots of stuff, antaranya jersey AC Milan Adidas, kasut Adidas JS Wings by Jeremy Scott, Toddlers stuffs, Lego figures Adam dan macam-macam lagi.
Adidas JS Wings by Jeremy Scott. RM799.00! Test saja.
Adam dan budak-budak yang lalu depan Parkson's kids department bergembira sakan pasal jumpa Optimus Prime dan Bumblebee. Riuh!

Checkout Pavillion-8.25pm. Terus ke parking, pulang dan penat. Parking pula kena rm12.00. Ya, you heard me, rm12.00. Mahal sungguh! Parking Midvalley pun tak semahal tu, walaupun dah naik sikit.

Monday, March 14, 2011

Lego Anyone?

Yesterday, i met a seller from mudah.com untuk beli loose 2 keychain Lego Star Wars and 2 loose figure. Cheap one indeed, rm40.00...Found it secara tak sengaja... yang bestnya  i like Star Wars, so buying this like kena jackpot as it is Lego and super cheap maaaa...
All this for RM40.00....cheap indeed for a 4 lego figures!

Keychain from Star Wars! Left is Boba Feet and right is Clone Trooper Rex (If not mistaken). Neatkan?
“Hey presto, abracadabbra!”
Mana nak dapat dengan harga ni... even in ebay. So grab, if you found anything cheap, buy. If not, within minutes, somebody else grab it. You? Meloponglah jawabnya.

A day before i bought this from ebay seller, Robot Heroes G1 Ultra magnus dan Jazz. Siap dengan biocard. Harga rm15.00.

Jazz is on your left and Ultra Magnus beside him. Figures from Robot Heroes G1 series.




Murah bukan? Just for display dan main-main saja. Tak payah beli mahal atau beli, then keep it in box-buang masa namanya. Just have fun with it. Nama pun toys, so play with it...Kepada both sellers, if you read this, many thanks!

Tuesday, March 8, 2011

Ironman Adam

Weekend lepas, shopping barang dapur di CF Kepong. Macam biasa, divide 2 teams, me and Adam tengok boys stuff while wife and Sarah tengok girls stuff. Jumpa balik within 15 min untuk pickup groceries pula.

I noticed some price on the item tak sama, maksudnya bila kita ambil barang A harga rm10.00 dan bila scan at price scanner harganya lain, jadi rm8.90. Tak tahu samada price reduce, discounted or what. So kalau less okey, but kalo more than the price stated, letak baliklah jawabnya-pergi pasaraya T atau G.

Me and Adam pergi toys section, biasala lil' boys macam Adam mesti nak pergi tengok toys, kalau tak pergi, tak sah. Aku follow, mana tahu ada Hotwheels T-hunts dan macam biasalah-tiada, semua dah dikebas dengan scalpers/ collectors yang jenis 'sapu semua jangan tinggal orang belakang"- macam harem!

rm 20.00. Nice!
Adam then shows me this mask- Ironman Hero Mask. Last time, selling at rm39.90 and we have fun with it at Gardens but choose not to buy.Why? simple plastic for rm40. Baik ambil Transformers deluxe, boleh tukar-tukar lagi.
Playtime at Gardens- Seronok dapat pakai mask. Bestnya budak-budak lain pun pakai mask jadi Ironman.
Tengah seronok nak jadi Ironman! Nasib baik tak jual suit sekali.
I looked at it and ask Adam pergi scan at price scanner.Dan Adam datang balik.
"Abah, 20 aje".
Biar betul. Aku pun pergi scan pula and yup, rm20- murah ni...
Ask Adam," Nak ke?"
Senyum dan terus pakai.
Rezeki Adam hari tu. dapat mask IRONMANNN...

Adik Sarah? dapat coklat, ok saja, lil' girl umur 2 tahun mana faham nak main barbie lagi but bila after 3 years old, siaplah dia pindah team ikut aku dan Adam... dan sure minta barbie.
Kesudahannya, Adam dapat Ironman mask, Sarah dapat coklat.

Saturday, March 5, 2011

Perhatian kaki-kaki bola: Masters Football, Malaysia Cup is now back for the third time!

Original link http://www.timeoutkl.com/sport/events/Malaysia-Cup-2011

Masters Football is an established football tournament that brings together some of the best ex-pros the game has ever seen, with the likes of Steve McManaman (ex-Liverpool and Real Madrid), Gianfranco Zola (ex-Chelsea), Andy Cole (ex-Man Utd and one of the highest scorers in the EPL) and many other big names all compete on the Masters circuit.

Liverpool, Manchester United, EPL All Stars and now Malaysian Masters team will be flown in to compete for the inaugural Masters Football Malaysia Cup, taking place on March 13 at Stadium Putra Bukit Jalil.

Tickets are on sale now and are priced at RM33 per ticket. 

Menarik kalau nak tengok legend-legend EPL beraksi... RM33 kira berbaloi...Jumpa disana!

Thursday, March 3, 2011

Selamat tinggal telco M dan Welcome back telco D-Part 1.

Sambung cerita last week, after internet dan modem out...my phone kena block..handphone that is...call customer service telco M,and the girl said " Encik Arin dah exceed limit of RM200".

Sebelum tu pada Feb 14th, aku pergi downgrade plan, ambil plan murah dan affordable, (aku bukan kaki gayut dan buka internet pun bila perlu untuk tengok news and ebay saja). So selama 14th till 24th Feb, bill mencecah RM263.57. Bestkan?

Dengan rasa panas hati, aku tutup line telco M dan serta merta tukar ke telco D... nasib baik kedai masing-masing dekat. Intend nak pergi HQ telco M nak mintak explanation... because sebelum ni ada orang complain dalam paper, sama kes dengan aku...Within this week, aku nak pergi sana...kira aku ni unsatisfied customer. So to be continued dalam Part 2.

Tarikh Bayar Saman Traffik dilanjutkan hingga 10 Mac 2011

Tengah malam tadi lepak minum kat mamak. Terdengar on TV yang tarikh bayaran saman trafik akan dilanjutkan...hingga 10 Mac 2011 saja...disebabkan bising kat mamak dan dengar sepoi-sepoi bahasa, aku terus browse website PDRM: http://www.rmp.gov.my/ dan ini hasilnya.

Siaran Media PDRM.
So kira confirmlah news ini, so ada "3nd chance"lah bagi mereka-mereka yang:
a) "Aku tak cukup duit nak bayar saman pada 28 Februari lepas".
b) Ter"check" dan tak sangka ada saman pulak.
c) Terkena saman pada bulan lepas...

dan macam-macam lagi. So apa lagi, pergilah bayar saman kalau ada...nanti bila nak hidupkan roadtax/ licence tak sangkut.