Wednesday, July 6, 2011

Buffet durian at SS2 Petaling Jaya

Durian.
Siapa mahu makan sampai kenyang perut suka hati, angkat tangan!!

My informer beritahu buffet durian di SS2 Petaling Jaya sudah kembali. Makan sampai pengsan dengan harga RM15.00 sekepala... murahlah kalau buffet, beli ikut kilo siaplah poket.

Banyak pilihan, ikut suka. TAPI mampu ke habiskan?
Aku sampai lepas maghrib dengan usual suspect, Adam dan Wife. Sarah dengan neneknya. Sampai saja, sudah ramai orang di gerai. Actually ada 3 gerai durian buffet ni, the favourite one is durianss2.com. Informer recommend this place ini sebab staff dia jujur dengan bagi durian yang elok, serta ramah (tala sombong...) Kami berdua makan 7 biji durian, Adam seulas je...tak pandai makan durian lagi. Selepas itu surrender... tak boleh tahannn.
Ini saja yang larat. Dah tak boleh tahann......
Kami menjadi pengunjung setia gerai ini since last year, tak sangka ada gerai murah macam ni. Memang puas hati pilih yang RM15 satu kepala, instead of yang RM9.00 sekepala yang terhad untuk durian kampung sahaja. RM15 sekepala ada pelbagai pilihan, tetapi durian yang paling mahal tidak termasuk ya...yang itu dikira timbang.

Lokasinya ialah di SS2, PJ. Bersebelahan dengan balai polis SS2 terdapat stesen minyak BHP. Dekat juga dengan famous kedai makan Murni. So, ketiga-tiga gerai berada di belakang BHP. Gerai durianSS2.com ni gerai yang di hujung sekali dekat exit keluar ke stesen minyak.
Lemak berkrim!
Memang berbaloi dengan wang. Aku dah sangat kenyang dengan durian. Kalau nak repeat pun mungkin hujung bulan. Kepada kaki-kaki durian, moh kita.

No comments:

Post a Comment