Friday, July 29, 2011

Kita telah mencuba. Tiada rezeki.

1-1 full time di Stadium Bukit Jalil.
Singapura layak ke pusingan ke3-Kelayakan Piala Dunia. Aggregat 6-4.

Kepada mereka yang menyaksikan game tersebut, anda tentukan. Aku malas nak buat review panjang-panjang, takut ada yang terkecil hati. Silap haribulan, kena ban. Ah-ha!

Pasukan Harimau Malaya kena kuatkan semangat.
Dah tiada rezeki.
Kita cuba lain kali. Go Malaysia!

Tuesday, July 26, 2011

Tiket perlawanan Malaysia vs Singapura dijual 9 pagi esok!

Bermula 26 Julai, jam 9.00 pagi, tiket perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia vs Singapura akan mula sehingga pada hari perlawanan, 28 Julai 2011.

Tiket mulai dijual dari 9 pagi - 7 malam di :
- Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Pintu A, Stadium Shah Alam.
- Penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan. Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my

Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
- RM50 untuk tempat duduk utama (grandstand),
- RM30 (terbuka) dan
- RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Malaysia yang kalah 3-5 di Kota Singa, memerlukan perbezaan jarak 2 mata at least di Stadium Bukit Jalil untuk mara dan berbekalkan 3 gol lalu di pihak lawan rasanya tidak mustahil. Asalkan defend marking betul-betul. Jangan leka! Bahagian serangan kita bagus, midfield kena lebih kreatif dan banyakkan hantaran ke kawasan lawan. My 2 centla.

This is the time to make it happen! Go Malaysia!

More info
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiketperlawananMalaysia-Singapuradijual9pagiesok/Article

http://www.tickethotline.com.my/index.php/featured/world-cup-2014-qulifying-malaysia-vs-singapore/

Thursday, July 21, 2011

Malaysia xi 0- Chelsea 1

Riuh.

Satu kedai mamak riuh. Yang pakai baju Chelsea diam saja. Mungkin tak menyangka, pasukan Malaysia melawan. Ya. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya bimbingan Ong Kim Swee. Kita hampir-hampir mengikat Chelsea seri-0-0 sehinggalah Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil free kick terkena tiang, melantun terkena belakang keeper dan melintasi garisan gol. 1-0. Bola tersebut dikatakan atas garisan telah diiktiraf masuk oleh linesman.

Malaysia cuba bangkit, tapi sudah terlambat. Penyerang kita memperoleh banyak peluang jaringan tetapi tersasar. Sampaikan bola yang patutnya senang masuknya gagal disudahkan. Mungkin takdir dan nasib tak menyebelahi Malaysia.

Kredit to our defender and keeper yang bertungkus lumus menahan asakan Torres, Sturridge, Drogba even tandukan John Terry.

Wednesday, July 20, 2011

Transformers Tumbler from 7 Eleven Krabi, Thailand

Thank youuuu, uncle!

Ole-ole dari MyBigBro yang baru pulang bercuti dari Krabi, Thailand, untuk Adam dan aku. Cantik sekali. Yang aku hairan kenapa 7 Eleven Malaysia tidak keluarkan tumbler macam 7 Eleven Thailand. Nak kata mahal tidak juga. Each cost RM4.90 siap dengan air.
Cantik dan got 2 design to choose from.
Lebih murah dan besar dari promo tumbler di TGV dan Cineleisure Damansara.
 Penutup dengan insignia Autobot dan Decepticons. Cuba teka kaki siapa?

Monday, July 18, 2011

Makan di Satay Station, Kampung Pandan

At this moment perut aku masih kenyang. Why? Malam tadi, aku sefamily pergi mencuba satay-satay yang gemuk dan sedap di salah satu cawangan Satay Station di Kampung Pandan. Salah satu cawangan di Mont' Kiara telah pun aku cuba. But this is different.
Sampai jam 9.00 malam. A bit late for dinner but worth waiting for.
Kedudukannya yang sedikit terpencil, tetapi tidaklah sukar untuk mencarinya. Just keep left on the main road,ada signage yang mudah dilihat di celah-celah rumah teres setingkat di area Kampung Pandan. Ada seorang pakcik di tepi kedai yang uruskan parking, akan lead the way. Alamat dan map disediakan dibawah nanti.

First impression bila masuk, rasa suasana kampung yang relaxing. Servis bagus, membuatkan aku akan singgah lagi. Meja banyak so jangan bimbang kalau full house. Lainlah kalau sekali datang 200 orang serentak. Recommended untuk mereka-mereka yang nak buat gathering. Bagi yang nak makan bersila panggung (betul ke?), boleh makan dalam rumah bercirikan rumah kampung lama.


Penyediaan satay.
Aku satu family, try 20 cucuk satay ayam, 15 cucuk satay lembu, secucuk satay hati dan drinks yang biasa. Ada juga makanan lain seperti mee rebus tapi untuk malam ni khas untuk makan satay saja. Menu lain cuba lain kalilah.

Our dinner for tonight.
Zoom in. Satay ni kategori satay gemuk ke kurus? You decide.
Aku makan 15 cucuk satay ayam dan lembu saja dah kenyang. First try satay hati, tidak mengecewakan. Kuahnya juga sedap dan tak cair. Nak order lagi, aku dah kenyang. Adam dan Sarah pula makannya tak seberapa, pasal seronok main keliling kedai dan tangga rumah lama macam main dekat kampung masa hari raya.

Selama sejam habiskan masa disitu. Orang pun dah tak ramai. Aku balik dengan senang hati. Got big day ahead tomorrow. Jumpa nanti!

Harga:
Satay Ayam-RM 1.00 secucuk
Satay Lembu-RM 1.00 secucuk
Satay Hati- RM1.50 secucuk
Nasi Impit, bawang, timun- RM2.00 perset
Mee Rebus-RM6.00 semangkuk

Alamat:
Satay Station Kg. Pandan
No. 55 Jalan A, Kg Pandan,
55100 Selangor Darul Ehsan.
Operation Hours : 4pm to 12am
03 92846607/019 3836607

Map: http://www.wikimapia.org/#lat=3.1462849&lon=101.75565&z=18&l=0&m=b

Sunday, July 17, 2011

Tahniah Malaysia! kerana melawan.

3-6 full time.

Itulah jaringan antara pasukan Malaysia XI menentang Liverpool FC petang tadi. Walaupun persahabatan, ianya tetap penting bagi persiapan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura 23hb dan 28hb Julai nanti. Kali ini, nampak perubahan dibahagian serangan. Tahniah kepada Safiq Rahim, jaringan free kicknya yang menarik, 3 minit sebelum half time serta penyerang gantian Safee Sali, sebagai penyelamat dengan 2 gol lagi.

“sekali lagi, sloppy defending, kita lepas 6 gol mudah, semua 6 gol individual mistake, its gifted goal. that’s why saya segera buat pertukaran (masuk Rizal, Farisham), saya nak mereka tahu saya serius, there’s no room for mistake, there’s no place for player who’s not perform well regardless of your reputation and who u are..but overall it was a satisfying match, saya yakin semua terhibur, 9 gol, more energetic than 3 days ago, membantu saya mengenalpasti kelemahan, and saya percaya selepas dua perlawanan ini, saya sudah ada gambaran kesebelasan untuk game lawan Singapura..”. – Datuk K.Rajagobal.

Walau bagaimanapun, aku sebagai peminat, berpendapat jentera pertahanan perlu dikemaskan lagi. Penjaga gol kita perlu lebih tangkas dan alert dan tidak melakukan kesilapan yang berlaku pada perlawanan sebelumnya. Defend pula kena marking betul-betul, tak perlu beri muka/segan. Nasib baik pada game Liverpool tadi ada peningkatan sikit. That's my 2 cent. So jangan marah aaa.... nanti kena jual.

Menentang Chelsea pada 21 Julai 2011 ini, kita harus lebih kemas dan peka dengan old tricks pasukan EPL ini. Jangan kalah dengan jaringan budak-budak. Peminat mahu tengok good game. Kalau bolos pun tipis, walaupun aku harapkan menang. Mana tahu tim Malaysia boleh buat upset pula.

Malaysia perlu bangkit. Tanah tumpahnya darahku! Ayuh!

Jaringan-jaringan Arsenal http://www.youtube.com/watch?v=OfRZV8RhLvM

Jaringan-jaringan Liverpool  http://www.youtube.com/watch?v=7ZD19AwEdWc

http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/07/aksi-lebih-bertenaga-raja-tetap-bidas.html

Saturday, July 16, 2011

TV Meletup

Elok tengah layan cerita best malam tadi, tiba-tiba TV meletup.

POM!

Sarah yang tak tidur lagi, siap main lego, melompat terkejut. Calm her down, maklumlah budak 3 tahun. Then, aku check power. Tiada. Kemungkinan overload.

Pagi ni aku bungkus baik- baik, nak hantar ke kedai yang aku beli di Bangsar. TV buruk aku ni ada 2+1 year warranty, so bernasib baiklah aku. Dijangka 5-7 hari akan siap. Salesman pun suspect overload.
Sorry Adam. No Armor Hero today! Abah dah bungkus TV.
So sila layan diri ya!
In the mean time, aku gunalah TV yang lagi lama, hadiah kahwin dulu-dulu sebagai pengganti.

Terpaksalah aku tengok game Malaysia XI vs Liverpool kat PC...

Thursday, July 14, 2011

Makan di Kafe Murni, Kepong

Selalunya bila ada hal di sekitar Damansara, Petaling atau Kelana Jaya, aku akan singgah pergi makan di kafe Murni di SS2, Petaling Jaya. Masakan dan harga bagus. Portion besar dan tak lokek. Yang tak best, meja kurang dan orang ramai datang tak putus-putus (walaupun buka meja di tepi siar kaki sepanjang blok, pun tak cukup) serta parking yang terhad. Tu yang owner kedai recommend makan di cawangannya yang lain. For info, ada 5 cawangan Murni- SS2 Petaling Jaya, Sunway Mas Commercial Centre, Subang Business Centre, PJS Dataran Mentari dan Kepong Utara.

Cawangan Kepong Utara.
Preview: Chicken Chop.
Paling hampir dengan rumah. It's been a while aku makan disini. Cozy. Parking pun bersepah, tak perlu berebut. Aku nak recommend some delicious menu yang aku makan bersama keluarga untuk tatapan dan buat rujukan semua untuk bulan Ramadhan nanti.~wink!~
Kafe ni dijamin halal. Cozy.
Nasi Goreng Chicken Chop. Sedap juga.
Mee Raja- gabungan seafood seperti udang, isi ketam dicampur dengan sosej.
Rencah yang mewah!
Spaghetti Carbonara- antara yang terbaik!
Nasi Goreng Meletop- untuk mereka yang sukakan pedas!


Monday, July 11, 2011

Sekitar Manchester United Trophy Tour di Menara KL

Setelah berjalan sekitar Bukit Bintang, mencari barangan komputer di Imbi dan Low Yatt, Bukit Bintang. Aku angkut satu family panjat Menara KL pergi tengok Manchester United Trophy Tour 2011.
Is like the whole squad blend in with the trophy!
Kehadiran peminat Manchester United Malaysia. Lautan merah.
This is not the first time untuk aku. Kalau tak silap, last few years back, piala ini sudah pun datang ke KL, di One Utama. Masa tu tak ramai orang jadi boleh bersenang lenanglah, bergambar sakan dengan piala tu.

Back to subject, sampai Menara KL jam 5.00 petang. Tinggal sejam sebelum tutup. Tapi masih ada lagi tourists, supporters (mungkin dari MyManUtd...) masih berlegar area menara. Apa lagi acara tangkap gambar pun bermula.
Booth TM sebagai penaja rasmi. Aku tengah aim baju Team Malaysia sebelah kanan. Cantik dan kualiti bagus. Kagum aku. RM 60.00 pula tu!
Kiranya jersey Adam yang aku beli untuk pakai masa hari raya. Tapi, Adam dah rasmi dulu...untuk this event. Selalu tanya bila nak beli jersey untuk dia sebab nak pakai sama dengan aku. Kebetulan jersey for kids, past season dah mark down.... murah, tu yang beli! Bukan jersey Man United saja, Chelsea, Liverpool, England dan macam-macam lagi team, dah mark down. Just head to any Al-Ikhsan, Real One BB, kalau tak percaya.
 (Kiri) Budak kecik sebelah stand by ajak pony racing.... hahahhah!       
(Kanan) Bonus! Adam dapat tangkap gambar personally with the trophy dengan wakil United.
Aku yang nganga, tak dapat join sebelah kuda! ahaha.
Sebelum balik, Adam nak jadi koboi kejap. Why? masa naik ke menara, ada pony rides for kids. RM10.00 for 2 pusingan, sebesar badminton court. Disebabkan tengok dia macam yakin saja nak tunggang kuda kecik tu, aku layankan. Sayangnya, adik Sarah tidur. Kalau tak, dia pun join sekali.

Yang bestnya, sebelum balik, ada wakil United nak ambil gambarnya dengan trophy. Bukan tak ada budak lain dekat sana. Kiranya, rezeki Adam hari tu.

Friday, July 8, 2011

Mcdonald's Batman and Mylittle Pony Toys Premium

Okeylah untuk budak main-main. RM3.00 sahaja.
Bermula Khamis semalam, toys terbaru Mcdonald's: Batman and Mylittle Pony. Aku baru dapat tahu hari ni, dari kawan seangkatan, Azwa Rico sebelum sembahyang jumaat. Terus cari info dan ini hasilnya. After maghrib, pergi ke McD dekat rumah dan beli for Sarah dan Adam. Modal RM6.00 sahaja. Kalau beli mainan cap ayam, lebih kurang saja, silap haribulan 2 hari saja tahan, lepas tu terus berderai entah ke mana.

One good thing about Mcdonald's toys, kualitinya bagus dan menarik. Tahan lasak juga. Even if you buying Happymeal chicken burger set, siap dengan fries, small coke and one free toy... it cost you less than RM8.00 termasuk tax! Good deal apa...bukan nak makan hari-hari pun.

Okey, back to the subject. Every week comes different toys, selama 4 minggu berturut-turut. Pairs untuk lil boys and girls. Every new toys keluar hari Khamis. So grab fast and have fun with your kids/ anak sedara/ anak bos/ adik kecik!

Links

http://www.mcdonalds.com.my/highlights/collectibles.asp

iPhone 5 pada September 2011?

Ya... berita baik buat iPhone lover. Apple dijangka akan memperkenalkan model terbaru iPhone (dipercayai iPhone 5 , walaupun ada ura-ura MUNGKIN iPhone 4S) pada September 2011.

Dengan ciri-ciri lebih ringan dan nipis berbanding model semasa, kamera upgrade to 8 megapixel, resolusi ditingkatkan daripada sensor 4 iPhone 5 megapiksel, pemproses A5 yang sama kuat seperti iPad dan pelbagai lagi. Untuk maklumat lanjut click pada link bawah.

Original Link
http://news.yahoo.com/blogs/technology-blog/report-backs-september-iphone-5-release-date-183353844.html

http://www.pcworld.com/article/235073/iphone_5_reported_in_production_for_september_release.html

Tapi kita di Malaysia takkan dapat on the dot pada September itself. Like previous launch on iPhone's, kita mungkin dapat lambat sikit. Harap harga murah sikit dari iPhone 4, maklumlah phone itself dah slim... hahahahahahhaah!

Wednesday, July 6, 2011

Buffet durian at SS2 Petaling Jaya

Durian.
Siapa mahu makan sampai kenyang perut suka hati, angkat tangan!!

My informer beritahu buffet durian di SS2 Petaling Jaya sudah kembali. Makan sampai pengsan dengan harga RM15.00 sekepala... murahlah kalau buffet, beli ikut kilo siaplah poket.

Banyak pilihan, ikut suka. TAPI mampu ke habiskan?
Aku sampai lepas maghrib dengan usual suspect, Adam dan Wife. Sarah dengan neneknya. Sampai saja, sudah ramai orang di gerai. Actually ada 3 gerai durian buffet ni, the favourite one is durianss2.com. Informer recommend this place ini sebab staff dia jujur dengan bagi durian yang elok, serta ramah (tala sombong...) Kami berdua makan 7 biji durian, Adam seulas je...tak pandai makan durian lagi. Selepas itu surrender... tak boleh tahannn.
Ini saja yang larat. Dah tak boleh tahann......
Kami menjadi pengunjung setia gerai ini since last year, tak sangka ada gerai murah macam ni. Memang puas hati pilih yang RM15 satu kepala, instead of yang RM9.00 sekepala yang terhad untuk durian kampung sahaja. RM15 sekepala ada pelbagai pilihan, tetapi durian yang paling mahal tidak termasuk ya...yang itu dikira timbang.

Lokasinya ialah di SS2, PJ. Bersebelahan dengan balai polis SS2 terdapat stesen minyak BHP. Dekat juga dengan famous kedai makan Murni. So, ketiga-tiga gerai berada di belakang BHP. Gerai durianSS2.com ni gerai yang di hujung sekali dekat exit keluar ke stesen minyak.
Lemak berkrim!
Memang berbaloi dengan wang. Aku dah sangat kenyang dengan durian. Kalau nak repeat pun mungkin hujung bulan. Kepada kaki-kaki durian, moh kita.

Tuesday, July 5, 2011

Manchester United Trophy Tour 2011 in KL! Part 2

Today will be the last day to see the trophy. The best part is seeing ex keeper, Van der Sar today at KLCC.

Edwin and the trophy will be at the Suria KLCC park by the water fountains, at the foot of the Petronas Twin Towers, between 19:45 and 20:15 local time.

Get there early to avoid disappointment.

Apa lagi,lepas kerja pergilah KLCC jumpa en. Van der Sar. Bawalah jersey ke gambar untuk autograf.

Original Link http://www.manutd.com/en/Asia-Trophy-Tour/Asia-Trophy-Tour-News/2011/Jul/Meet-Edwin-in-KL.aspx

Sunday, July 3, 2011

Makan di Village Park, Uptown Damansara

Sempena this upcoming Ramadhan, I will give some review and recommendation for tempat makan-makan atau berbuka puasa. Dengan harga yang berpatutan, kita boleh dapat good food. Segala review yang aku buat, tidak dibayar/belanja oleh tokey kedai. Hanya untuk recommend kawan-kawan dan para readers. Benda baik apa salahnya kita cerita.



So first is kedai makan Village Park, Uptown Damansara.

Went there last week. Recommended by several people. Ask me to try the famous nasik lemak, (yes, i did..) at Village Park Restaurant, Uptown Damansara. Sebelah kedai basikal Joo Ngan Son. Their specialty is nasi lemak with ayam goreng berempah. My wife ordered the Mee Rebus. Adam wanted butter and kaya toast bread with half boiled eggs.

The nasi lemak is the best, terbaik, ayam goreng dia. Crunchy and tasty sampai ke tulang. The price also reasonable. For nasik lemak with quarter chicken, the price is RM7.70. My wife's mee rebus also sedap, kuah pekat and cukup rasa. Price is RM6.00.

Nasi lemak with ayam goreng berempah.
Mee Rebus.
Butter and kaya toast bread with half boiled eggs
Several famous person pernah makan situ, antaranya Tun Dr. Mahathir, Ustaz Harun Din, Rafidah Aziz, dan ramai lagi. Walaupun VIP atau artist makan dekat sini, bukan bermakna  harga makanan sini mahal. Jangan takut, harga berpatutan untuk rakyat jelata. Lebih kurang sama saja harga makan di kopitiam.

Tak sangka Tun Mahathir makan sini.
One thing yang anda patut tahu, parking. Yes, parking problem.  Park properly, kalau tidak, kena tow dengan MPPJ. Kalau naik motorsikal, lagi senang nak parking.

Ada alamat restoran atas resit ni. Sila copy ya!
They opened daily, early morning until 7pm. For this upcoming fasting month, they will open only on second and third week of fasting month. They will extend their operation until 9pm. Kalau terpergi area Petaling Jaya semasa nak berbuka, singgahlah sini.

Friday, July 1, 2011

Manchester United Trophy Tour 2011 in KL! Part 1

Berita panas baru masuk sebelum masuk tidur. Mengikut link diatas, KLCC merupakan tempat pertama dalam lawatan Trophy Tour 2011. Pada hari Ahad, 3 Julai 2011, jam 1.00 tengahari. Sayangnya, hanya untuk MyManUtd members sahaja. Terhad 150 orang. Tempat car park KLCC.

Hari yang sama, Menara KL pada jam 3.30 petang hingga 6.00 petang, Open for all.

Bekas keeper, Van der Sar serta rombongan akan ke Kuala Lumpur pada hari Selasa, 5 Julai sahaja. Andrew Cole, absent. Family matters..... Van der Sar akan berada di Hublot Boutique at Starhill Gallery
jam 5 hingga 7 petang.

Baru-baru ini di Twitter melaporkan Ex-keeper, Van der Sar dan Andrew Cole sebagai duta ke Malaysia dan Singapore. Rio Ferdinand di Jakarta dan Thailand manakala Patrice Evra di China. Park Ji-Sung di Hong Kong.

Sebarang kesilapan amat dikesali. Info ini dikumpul daripada pelbagai sumber. Hope this help and have fun!

"Kejayaan anda, kebanggaan kami".. hahahahha....

Original Link http://www.manutd.com/en/Asia-Trophy-Tour/Asia-Trophy-Tour-News/2011/Jul/Trophy-heads-to-Kuala-Lumpur.aspx

http://www.manutd.com/en/Asia-Trophy-Tour/Asia-Trophy-Tour-News/2011/Jun/Edwin-set-to-join-Asia-tour.aspx

http://www.manutd.tm.com.my/

http://joshuaongys.com/2011/06/manchester-united-barclays-english-premier-league-the-champions-trophy-asia-tour-in-malaysia/