Wednesday, April 27, 2011

iPad 2 mula dijual pada Jumaat 29 April 2011 di Malaysia!

Original Link http://www.machines.com.my/ipad2.html

Ya... You heard me.. Jumaat 29th April, iPad 2 akan mula dijual disemua kedai Machines Malaysia. Price stated below. kalau tak silap, ada offer menarik for those who buys within Friday, 29 April to Monday, 30 May 2011.


Peluang keemasan pada mereka yang baru bercadang nak beli iPad first gen, inilah masanya to upgrade terus kepada iPad2. Yippie!

P/S: iPad Smart Cover sold separately. Memang kena beli to complete it. Nama pun smart cover. So bawa extra cash. Have fun!


Sunday, April 24, 2011

Apa dia "Edible Image"?

Aku baru dengar perkataan ini...aku googled dan dapatlah maksud yang lebih kurang begini:

"Gambar sebenar yang dicetak menggunakan "Edible Ink' (yang boleh dimakan) diatas kertas icing dan diaplikasikan kepada kek. Ianya selamat dimakan. Boleh disimpan sehingga sebulan, asalkan disimpan dalam plastik kedap udara".
Kebanyakan pengusaha-pengusaha "Edible Image" di Malaysia, menggunakan kertas icing bersaiz A4 dan "ink edible yang berkualiti, tebal serta halal. Dibawah merupakan sample "Edible Image" yang aku tempah untuk upcoming Adam's birthday.

Friday, April 22, 2011

Old Timer Zaman Hitam Putih

Back to the 60's! Di bawah antara gambar-gambar rakan office mate lama yang sempat dirakam menggunakan iPhone, OldBooth Lite App. Download free. Application mudah digunakan, just insert muka kedalam face sample yang disediakan dan snap. Ada 6 face samples, lelaki dan perempuan each. For more, kena beli full app at App Store. 

Hensem bangat!

Tuesday, April 19, 2011

Lego

Bought this Lego- Star Wars Watch for the upcoming Adam's birthday next week. Satu jam tangan dan satu alarm clock. Bought at Toys r Us semasa sale. Jam tangan Lego Star Wars ini harga asal, RM 109.00 to RM 69.90 and the alarm clock from RM 119.90 to RM 89.00.
Masa sale, aku grab. Beli gift yang boleh Adam guna!

Dwi fungsi, untuk tengok masa and hey, to play with. Adam dah 6 tahun and hope he likes it. For baby Sarah, aku nak pergi survey this evening after pickup "edible image Adam" for the cake...to be continued and may the force be with you...

Friday, April 15, 2011

The Hunt for Mcdonalds Coca-cola Can Glass in Malaysia starts on April 28th

Original Link http://www.mcdonalds.com.my/highlights/cokeglasspromo.asp

Bermula 28 April, dengan setiap pembelian 1 Happy Meal, anda akan mendapat 1 Coca-cola Can Glass PERCUMA! Ada 6 warna untuk setiap minggu.


Promosi di seluruh Malaysia. Let the hunt begin!

Tuesday, April 12, 2011

Malaysian Formula 1 GP at Sepang: Day 3 --FINALE!--

Badan dan kaki still sakit-sakit, tapi aku kuatkan semangat as today aku pergi lagi ke Sepang. Wife dan Adam tak ikut. Still penat dan nak jaga Baby Sarah. Merantaulah aku seorang bersama brother in-law ke Sepang. Naik bas ke Sepang jam 12.15 tgh dan sampai sebelum 2 petang. Macam biasa, my ticket come with return transport + lunch dan tea. Duduk di Zon Diamond, Mall Area. Biasalah ;).


Ramai orang kerumun tengok mat-mat saleh ni bersorak-sorak. Sungguh aku tak faham.
Terus masuk, tak singgah mana-mana. Terus ambil meal lunch dan makan. Orang ramai di Mall Area membeli belah barangan F1. Masa makan, aku tengok JK Racing Asia Series. Kurang best, so selama 15 min aku makan lunch dan turun berjalan- jalan sekitar mall, cuci mata.

Kebetulan, senior dari office lama (Haji Man) call, kata nak datang. So meetup masa race starts. lepak bersama Haji Man.


Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun Razak turun padang melihat persiapan terakhir sebelum perlumbaan bermula. Semasa berjalan, lagu Negaraku dimainkan. PM terus berhenti dan berdiri sebagai menghormati lagu Negaraku. Kami di grandstand pun bangun sekali apabila lagu Negaraku dimainkan.


Perlumbaan bermula selepas itu. Haji Man tengok race sambil makan. Jarang anak melayu dapat buat macam tu... huuhuuu! Half way through macam nak hujan, tapi tak. Macam- macam hal, yang terbang, stering tercabut, langgar belakang, overshoot pun ada. Memang thrill tengok F1 ni.

Full house. Dunno sama ada mencapai target SIC untuk dapatkan 100,000 penonton. Rasa macam lepas target.
Perlumbaan tamat sebelum jam 6 petang. Keputusan Sebastian Vettel nombor 1, Jenson Button kedua dan Nick Heidfeld ketiga. Pemandu Mercedes- Petronas, Michael Schumacher tempat ke 9... lagi adoi.

Berjalanlah aku dengan pantas untuk kejar bas terawal. Akhirnya naik bas jam 6.45 petang, Trafic jam di Sepang menyebabkan aku sampai KL jam 9.20 malam. Lewat! Penat sudah tentu...Selesai sudah F1 di Malaysia. Next stop China.




Monday, April 11, 2011

Malaysian Formula 1 GP at Sepang: Day 2

Got myself 3 tickets to Sepang for last Saturday. So aku pergi dengan Wife and Adam. Baby Sarah? Still young dan not ready with this kinda event. Walaupun ada a few parents sanggup bawa anak- anak kecil naik stoller panjat track Sepang, but not me. Bunyi dari kereta F1 sangat kuat dan bingit. Budak-budak bawah umur 5 tahun TIDAK PATUT ikut. Sumbatlah dengan bapak kapas sekalipun, its still loud! That's why, Baby Sarah tak ikut. Kalau orang lain tak kesian, aku kesian. Bayangkan bunyi bingit dari eksos kereta F1 + cuaca panas + kena jalan jauh dari parking ke grandstand atau open area yang tak berbumbung dekat bukit hujung nun jauh di sana. Fikir-fikirkan!

So i ask again, patut ke kita bawak baby-baby kecil yang tak tahu apa-apa, tengok F1?

Main entrance. Ramai orang walaupun Qualifying.
Anyway, back to subject. Aku, wife dan Adam sampai around 1pm. Cuaca okey, Tak panas sangat. Sepanjang aku tengok F1, cuaca selalunya panas berbahang but today tidak. Kebarangkalian hujan tetap ada pada petangnya. So, we move along tengok f1 stuff dekat Mall Area. Nothing to buy, harga merchandise MAHAL. Makan? Lagi mahal. Ice cream:  RM5.00, Set burger, sayur sikit dan beberapa ketul kentang: RM20.00 dan itu tak masuk air mineral. (Nasib baik ticket aku come with return transport, lunch and tea). Harga makanan jadi mahal bila di Sepang, so bawalah duit poket lebih dari biasa, untuk makan atau buat standby.

Antara kedai yang menjual "official merchandise".
"Water Zorbing". Ada berani?
Abah, nak satu! KMX Karts ni bukan murah ye...
Then, sampai tempat duduk. Diamond Zone di Mall Area. Adam seronok dan takjub tengok secara live sejak sampai track, hingga ke tempat duduk. Selama ni, tengok dalam TV. Now, experience it live, depan mata.

Antara moments yang sempat dirakam.
Duduk saja, tengah berlangsung event 2011 Malaysian Super Series (MSS). Kereta seperti Lamboghini, Porsche 997 GT3, Ferrari F30, Aston Martin GT4, SATRIA NEO etc. beraksi. Green light saja, terus accident, 2 kereta layarnya meletup. And the best partnya kereta kedua yang stood still tu pula dilanggar dari belakang. Aku, Wife, Adam dan seluruh umat yang duduk terkejut tengok accident depan mata, kereta kena whack dari belakang. Ketiga-tiga driver keluar selamat. Kereta hancus. Safety car keluar, about 30 min, baru race resume. Sekejap saja race MSS habis dan menyebabkan qualifying F1 lambat sejam. Track dibersihkan lagi.

Best tengok acara qualifiying ni, tengok team mana yang boleh rebut pole position untuk hari ahad ini. Dan seperti dijangka Juara dunia 2010, Sebastian Vettel (Red Bull) di petak utama, diikuti Lewis Hamilton dan ketiga Mark Webber. Mercedes-Petronas driver, Michael Schumacher petak ke 11 manakala Nico Rosberg petak ke 8. Haiyaa...

Sekitar jam 6 petang, selesai. terus keluar dari Sepang. Nak berjalan ke parking area pun satu hal lagi but better dari naik kereta. Sekurang-kurangnya lepas jalan boleh rehat dalam bas. Let other people do the driving. Aku dah penat. Konsert SimFon1 dekat KLCC pun tak pergi, walaupun ticket VIP dan ada Wondergirls beraksi malam tu.

Esok, aku datang lagi- Raceday! Here we go AGAIN!

Wednesday, April 6, 2011

Dari mata turun ke hati...Nota layang diterima


Gambar ini diambil di Parking lot KLCC last Friday. Ingat aku boleh parking sebelah, but gagal. Sempit dan senget sangat positionnya, so aku round lagi dan dapat depan entrance, naik ke concourse. Terperasan ada satu note dekat wiper belakang kereta ni. Aku pi balik, tengok dekat dan ini hasilnya.

"Have some sense. Is this the way of parking?"
Rasanya ada driver yang sebelum aku sudah kena, dan tak tahan tengok, so bagi note "chinta" kat empunya  kereta ni. Bagus juga yang lekat note ni, sekurang- kurangnya empunya kereta sedar diri yang orang lain pun bayar parking juga. Just park nicely dan tak menyusahkan orang keluar masuk. Bukan susah pun parking kereta...susah ke?

P/S: Aku tak terlibat dalam ini wayang gambar, melaporkan saja buat pengajaran to all of us. Tulis pun tidakkkkk....lagipun tulisan aku lagi lawa.

Monday, April 4, 2011

F1 kembali lagi! Tinggal 3 hari lagi...

As we speak, tinggal 4 hari lagi F1 akan kembali ke Malaysia. F1 2011 kali ini amat menarik kerana menyenaraikan 5 orang juara dunia, Sebastian Vettel, Jensen Button, Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan F1 legend, Michael Schumacher.

Siapa yang dah beli ticket, jumpa disana. Siapa yang belum beli, pergi beli... Jumpa disana!

Saturday, April 2, 2011

Mcdonalds- I'm NOT loving it!

Got 2 McD big breakfast voucher for free and today (March 31st) is the last day to redeem it. Dengan berbekalkan modal rm5.00 tiap satu boleh dapat 2 big breakfast meal dengan harga rm13.80. Murah!

Sampai di Mcdonalds MRR2 Selayang -Kepong jam 10.00. Dah ramai orang beratur. Said to myself boleh ni, as the promotion end jam 11.00 pagi. Beratur punya beratur dengan melihat pelbagai gaya dan ragam orang. Ada yang resah, muka bangun tidur, anak menangis, muka kena marah dengan gadis tercinta, muka macam dah lambat pergi date pun ada...

Noticed bila time promotion apa-apa pun, this one habit mesti ada. Habit "beratur seorang, sampai kaunter, 5-6 orang saudara mara, tuk nenek mencelah datang order sekali". Tak percaya, cuba pergi masa ada apa-apa promotion, geng mana yang ramai...mmmmm.

Yang bestnya, tiap satu family members pegang at least 4-5 voucher. Imagine, berapa ramai nak tunggu di sebabkan mereka-mereka yang mencelah. Mcdonalds MRR 2 pun satu, buka 2 kaunter saja. Tunggu punya tunggu, sampai turn aku jam 11.20am... aku pun dah starts angin tengok "geng-geng yang kemaruk redeem voucher yang banyak" macam tak pernah makan mcdonalds, siap take away. Mentang-mentang murah, tapaw untuk bekal satu hari... ingat-ingatlah orang belakang, wei!

Aku keluarkan 2 voucher. Budak kaunter tu cakap, " Abang, boleh order seorang satu saja"
Aku balas "Aik, apasal kaunter sebelah boleh order lebih dari 2 voucher.
" Diaorang datang awal, lagi pun sekarang dah lebih jam 11, jadi seorang dapat satu"
" Saya datang jam 10 pagi, lambat amende?"
" tak boleh bang."

Aku punyalah angin, budak kaunter still tak nak beralah, aku redeem 1 voucher saja. Malas nak buat scene lagi...Orang belakang perasan aku dah angin depan kaunter dan aku berani jamin, ramai juga yang angin. Disebabkan habit orang-orang suka bawak extra geng, ramai yang dapat lambat kena tunggu, silap haribulan habis... sia-sia beratur. Kalau redeem 2 voucher okey lagi, but kalau 3, 4, 5 voucher? Apa kes!

Kalau tahu macam ni, sungguh TAK NAK beratur- waste of time. Disebabkan aku tengah buat amal jariah untuk orang mengandung, aku sabarkan. Satu meal lagi Baby Sarah makan. Aku? Mood hilang dan penat berdiri... makan mamak pun tak teruk begini.

Mcdonalds Malaysia, I'm NOT loving it. Dan aku yakin, ramai yang beratur di belakang aku di Mcdonalds MRR2 Kepong pun NOT loving it dan setuju dengan aku...melihat ketaksuban "geng-geng yang angkut satu family dan redeem voucher more than 2 dan still buat muka "toya".