Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Merdeka 2011

Genap sudah sebulan berpuasa.
Menahan lapar, serta dahaga,
Andai ada salah silap, terkasar bahasa,
Dipohon maaf, dari kami sekeluarga.


Ya.....pantun buat semua sempena hari lebaran ini. Semoga bergembira disamping keluarga dan berhati-hati bila memandu. This year, aku sefamily beraya di Kuala Lumpur-"City that never sleep" :D

Raya kedua baru balik kampung, PD saja, tak jauh. But journey surely takes more than 2 hours++. Kereta banyak sekarang ni, maklumlah sekarang budak sekolah umur 18 tahun pun dah ada kereta. Aku ada kereta pun lepas beberapa tahun bekerja dan wife pun nak bersalin anak sulong. Masa 5 years back, traffic masa perayaan masih terkawal. Payah nak jumpa orang potong Q dekat emergency lane, R&R pun tak jammed. Kalau nak balik PD pun less than 1 1/2 hours.

But NOW, sorry! zaman berubah. Kereta banyak sangat. 3 lane dah jadi 4 lane. R&R pun packed. Even nak masuk tol lane Smartag pun beratur. (tu belum masuk lane berbayar, lagi gila nak beratur!)

This is my time, beraya. Masa zaman anak-anak aku, maybe lain. Mungkin ada kereta terbang. Mungkin ada bullet train (like in Japan) yang boleh sampai 2 jam from JB to KB, mana tahukan?

Anyway, Have fun and happy holiday too, to all non muslim!
Enjoy!

Sunday, August 28, 2011

Belian hebat sepanjang bulan Ramadan

Maaf lambat masuk entri, so many things to do. But sepanjang bulan puasa, aku dapat pelbagai barangan yang dikira murah. Kira rezeki bulan ramadan-Alhamdulliah!
"Hauls" bulan Ramadan- Nice!
Barangan pertama ialah buku A doctor in the House by Tun Dr Mahathir Mohamad. Dah lama aku nak beli buku ni, tapi disebabkan mahal dan mengharapkan ianyanya dikeluarkan dalam bentuk soft cover (kulit hard cover berat, nak pikul berat!). Harga masa launch pun boleh tahan-RM99.00.
Aku dapat RM69.00 di Tesco Selayang. Sibuk cari benda lain, dapat buku ni, Bonus! Worth buying untuk mereka yang nak tahu akan suka duka mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Got nice pictures too. Baru baca sikit.

Kedua, Transformers Unicron-Robot besar berwarna oren bertukar menjadi "planet eater". Kalau nak tahu, watak Unicron ni keluar masa Transformers the movie tahun 1996, kalau tak silap. I miss out this fella because out of bullet (kurang duitla....) But now, ada rezeki sikit aku buy now di Ebay Malaysia. Nanti aku buat review about this fella. Stay tune.

Ketiga,"Chatter teeth". Beli di Toys r us, One Utama yang baru dibuka last week. Aku dah lama cari benda ni, Adam yang jumpa dan siap main-main lagi. Suka tengok gigi chatterrrrrr.....rrrrrrr.. Cheap one! Harga RM7.95.

Patung Smurfs, Papa Smurf for baby Sarah. But she pronouns it "murff". Beli dekat one of the kiosk di One Utama. Harga RM39.00, dapat dengan harga RM30.00.

Yang terakhir, last 2 days ago masa berbuka puasa di Kluang Station. Aku jumpa Maria Tengku Sabri, ex-host Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Rupa-rupanya kebetulan ada launch buku beliau. Price? RM 5.00 siap dengan signature beliau- best! Dia memang baik, dah macam best friend yang lama tak jumpa...huhuh!
Siap dengan sign cik Maria Tengku Sabri. Aku yang minta dia sign for wifey!
Anyway, this is some things that i got sempena bulan Ramadhan. Ada lagi, tapi rasanya ini antara yang terbaik untuk dikongsikan dengan readers. Go hunt it down.

Saturday, August 13, 2011

Transformers 3 Dark of the Moon Tumbo dari TGV Cinema

Ya..... TGV keluarkan set popcorn dan air dengan harga RM16.90. Rekabentuk serupa dengan Kungfu Panda 2 tumbo dalam entri lalu. Aku beli di TGV KLCC, akhir bulan lalu sebelum puasa...bukan tengok wayang pun. Saja beli untuk buat koleksi tumbler aku.

Sama seperti Tumbo Kungfu Panda 2, atas compartment isi popcorn dan bawah untuk air minuman pilihan. Quite nice as a collectibles ataupun buat hiasan atas meja office. Tapi malaslah nak beli, kalau tiap-tiap bulan keluar lagi dengan gambar yang lain pula. Think cukup dengan apa yang ada. For now... :D

Comparison size antara cawan Nescafe dan Adam's Megatron Leader Class ROTF.
Sama saiz dengan Tumbo Kungfu Panda 2 yang aku cerita pada entri lepas. Sila check.

Friday, August 12, 2011

Mari Berbuka Puasa di IKEA Damansara- Buffet RM39.90

Sekarang kita sudah pun melepasi Ramadhan ke 10, kira bolehlah start makan diluar. Collegue of mine recommend untuk buffet di IKEA Damansara. So, aku bawa family pergi mencuba. Menunya tak mengecewakan.

Dengan RM 39.90 untuk dewasa dan RM19.90 untuk kanak-kanak, eat all you can, tapi jangan membazir ya. Berdosa!

Antara menu yang rasanya menarik adalah Lamb Stew, Roast Beef, Salmon Spread Rolls dan Salt and Pepper Squids. Makanan lain pun sedap juga, tapi nak rasa yang lain pula.

Overall, okeyla cuba suasana berbuka diluar. Malangnya ada "insan yang kurang perihatin" bila masuk waktu berbuka. Orang tidak berpuasa sibuk nak dinner. Macam tak boleh dinner awal atau lambat sikit. Makan pula sambil lewa, sampai ada yang terpaksa berbuka berdiri kerana tiada tempat duduk. Tak percaya, pergi tengok sendiri. Pergilah berbuka di tempat-tempat makan awam seperti foodcourt KLCC, Pavillion atau Ikea itself...dan nilaikan sendiri.

Selamat beramal!

Tips untu makan buffet:
  1. Makan makanan yang jarang kita makan dan makanlah makanan yang mahal. Kalau ada lobster ke, burung puyuh ke, daging unta ke dan sbgnya- Makan! Tak pun buat rasa pun okey. Janganlah makan makanan biasa yang kita makan seharian seperti mee atau nasi. Rugiiii...
  2. Bila makan buffet jangan asyik minum saja. Asal ada pelbagai air pilihan dengan macam-macam warna, main sental saja sebelum main course. Pun dikira rugi. Kira istilah melayu, selang air. Silap haribulan, kembung air.
Aku malas nak snap gambar makanan today, so aku snap noticeboard saja.

Wednesday, August 10, 2011

Koleksi Van Milo Mini

Mila, Mila?
Awak ni salah orang tak. Saya bukan Mila.
Bukan Mila. Cik ni siapa?
Milo!

Yaaa.. Milo. Giat aku mengumpulkan barcode-barcode Milo, al-maklumlah aku ni pengumpul model kereta (bersaiz kecil ya!) tapi tak seriuslah sangat. Budget tak ada nak hadap pelbagai jenis yang aku rasa payah nak cari dan kumpul. Model-model dari jenama Maisato, Hotwheels, Jada, Johnny Lightning dan macam-macam lagi bukan murah! sama mahal dengan harga Transformers leader class. Tu belum kira yang "exclusive".

Back to subject, petang tadi aku pergi terus Taman Mayang, Petaling Jaya. Orang tak ramai dan aku sampai pun 30 minit sebelum 5pm.(15 minit sebelumnya mencari tempat!).

Some cheap collection yang berjaya dikumpul.
Aku tebus barcodes yang aku kumpul dari bulan Jun. Sebelum ni aku ada hantar by post but tak sampai lagi. Kata wakilnya its takes 6 weeks to arrived to address given. Aku dapat tebus 2 jenis model kecil (8cm) dalam bulan Julai ni. Yang besar, bersaiz 14.5cm habis, jika tebus on spot. BUT if sent by mail still available dan kena banyak-banyak bersabar.
Upclose shot from left van Milo 80an, 90an dan Ducati GP11 Valentino Rossi.
By the way, model motor Ducati Valentino Rossi aku dapat di Parkson. Ada discount 20%  lagi. Harga asal, rm 33.90 so do the math berapa after less. :D

P/S: Nampaknya makin selalulah aku minum milo kat rumah...

More Info  http://www.milo.com.my/redemptions/home

Tuesday, August 9, 2011

Kakitangan awam dapat bonus raya!

Wah.. tahniah kepada kakitangan awam yang mendapat durian runtuh Ramadhan ini. Belum hujung tahun dah dapat bonus.
"Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.
Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500".
Syukur alhamdulillah! But make sure service lepas ni, lebih bagus ya!
Maklumlah, tak ramai yang dapat menikmati bonus duit raya. Kakitangan swasta pun belum tentu dapat.

Original Link  http://www.bharian.com.my/articles/Kakitanganawamdapatbonusraya/Article

Monday, August 8, 2011

2011 FA Community Shield Champions- Manchester United

Never say die attitude, from 2 nil down at half time.

Ramai yang sangka, City mendahului 2-0 sudah cukup untuk mengalahkan United. Tapi silap. United yang lambat panas at half time, akhirnya menunjukkan "its true colors as a champions" mengalahkan "noisy neighbour"nya- Manchester City.

Overall, permainan seimbang walaupun pertahanan both side longgar. Why? Gol terakhir United. Clearance over City defender, Kompany yang gagal dibaca terus kepada Nani yang berlari solo dan menjaringkan winning goal for United.

Full Time: Manchester City 2 (Lescott 38,Dzeko 45) - Manchester United 3 (Smalling 52, Nani 58, 90)

Tahniah! Juara Piala Komuniti tahun 2011.

Last year, beat Chelsea wearing this kit.
Now, must buy new one with same ol' patches.

Friday, August 5, 2011

Bersabarlah kawan-kawanku

Dah kecoh.
Masuk surat khabar sudah, TV pun sudah. Internet pun sudah...

Macam-macam versi cerita pasal syarikat ni. Yang pasti, hanya mereka yang pernah kerja disana, tahu akan kesulitan yang dihadapi. I'm so sorry for them. Diarahkan bercuti tanpa gaji, beberapa hari sebelum Ramadhan. Belum lagi masalah-masalah lain lagi. Betul-betul menguji kesabaran.

Those guys are the best, sanggup bersengkang mata, hasilkan naskhah buku-buku teks, majalah dari scratch hingga cetak dan edaran keseluruh sekolah, demi anak bangsa. Dan jangan fikir buat buku teks tu senang. Mereka yang berhati waja, semangat kental saja yang akan bertahan dan berjaya. Aku dah melaluinya dan tahu peritnya..

Aku doakan mereka sekeluarga dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki. Amin.

Hari-hari terakhir sebelum ditutup. Gambar dirakam dicawangan KL.

Wednesday, August 3, 2011

Zakat Fitrah Tahun 2011 di Selangor


Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini mengumumkan kadar zakat fitrah 2011 di seluruh Selangor ialah RM7.00 seorang.  Kepada mereka yang bermastautin di Selangor boleh membuat bayaran di kaunter sementara di pusat-pusat membeli belah terpilih iaitu di:

Centrepoint, Klang
Mydin Plaza MPK Klang
Giant Sek. 13, Shah Alam
Kompleks PKNS, Shah Alam
Plaza Masalam, Shah Alam
Jaya Jusco, Bukit Raja
Klang; SACC Mall
Shah Alam dan
Terminal LCCT, Sepang

ataupun di masjid dan surau-surau sekitar Selangor.
Bayar awal sebelum terlupa

Link http://www.e-zakat.com.my/terkini/harga-fitrah-negeri-selangor-kekal-rm7-00/

Iklan Ramadhan 8TV yang kena "ban"

Sekarang isu panas tentang iklan 8TV yang telah di"ban" kerana dikatakan menyentuh soal perkauman dan tidak sensitif. Baru keluar TV, terus kena tarik balik. Aku yang tak dapat tengok secara live dalam TV, mencarilah merata untuk membuat penilaian.

More info  http://www.thesundaily.my/news/98765

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa. Anda sudah sedia?

Esok, seluruh Malaysia akan berpuasa.

Time for us untuk bersederhana, bersedekah dan banyakkan beramal.
Kurangkan aktiviti kurang berfaedah dan banyakkan lagi masa bersama keluarga.
Dan aku, insyallah akan cuba ajak Adam yang berumur 6 tahun berpuasa bersama esok.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Selamat berpuasa.