Sunday, July 17, 2011

Tahniah Malaysia! kerana melawan.

3-6 full time.

Itulah jaringan antara pasukan Malaysia XI menentang Liverpool FC petang tadi. Walaupun persahabatan, ianya tetap penting bagi persiapan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura 23hb dan 28hb Julai nanti. Kali ini, nampak perubahan dibahagian serangan. Tahniah kepada Safiq Rahim, jaringan free kicknya yang menarik, 3 minit sebelum half time serta penyerang gantian Safee Sali, sebagai penyelamat dengan 2 gol lagi.

“sekali lagi, sloppy defending, kita lepas 6 gol mudah, semua 6 gol individual mistake, its gifted goal. that’s why saya segera buat pertukaran (masuk Rizal, Farisham), saya nak mereka tahu saya serius, there’s no room for mistake, there’s no place for player who’s not perform well regardless of your reputation and who u are..but overall it was a satisfying match, saya yakin semua terhibur, 9 gol, more energetic than 3 days ago, membantu saya mengenalpasti kelemahan, and saya percaya selepas dua perlawanan ini, saya sudah ada gambaran kesebelasan untuk game lawan Singapura..”. – Datuk K.Rajagobal.

Walau bagaimanapun, aku sebagai peminat, berpendapat jentera pertahanan perlu dikemaskan lagi. Penjaga gol kita perlu lebih tangkas dan alert dan tidak melakukan kesilapan yang berlaku pada perlawanan sebelumnya. Defend pula kena marking betul-betul, tak perlu beri muka/segan. Nasib baik pada game Liverpool tadi ada peningkatan sikit. That's my 2 cent. So jangan marah aaa.... nanti kena jual.

Menentang Chelsea pada 21 Julai 2011 ini, kita harus lebih kemas dan peka dengan old tricks pasukan EPL ini. Jangan kalah dengan jaringan budak-budak. Peminat mahu tengok good game. Kalau bolos pun tipis, walaupun aku harapkan menang. Mana tahu tim Malaysia boleh buat upset pula.

Malaysia perlu bangkit. Tanah tumpahnya darahku! Ayuh!

Jaringan-jaringan Arsenal http://www.youtube.com/watch?v=OfRZV8RhLvM

Jaringan-jaringan Liverpool  http://www.youtube.com/watch?v=7ZD19AwEdWc

http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/07/aksi-lebih-bertenaga-raja-tetap-bidas.html

No comments:

Post a Comment