Monday, July 11, 2011

Sekitar Manchester United Trophy Tour di Menara KL

Setelah berjalan sekitar Bukit Bintang, mencari barangan komputer di Imbi dan Low Yatt, Bukit Bintang. Aku angkut satu family panjat Menara KL pergi tengok Manchester United Trophy Tour 2011.
Is like the whole squad blend in with the trophy!
Kehadiran peminat Manchester United Malaysia. Lautan merah.
This is not the first time untuk aku. Kalau tak silap, last few years back, piala ini sudah pun datang ke KL, di One Utama. Masa tu tak ramai orang jadi boleh bersenang lenanglah, bergambar sakan dengan piala tu.

Back to subject, sampai Menara KL jam 5.00 petang. Tinggal sejam sebelum tutup. Tapi masih ada lagi tourists, supporters (mungkin dari MyManUtd...) masih berlegar area menara. Apa lagi acara tangkap gambar pun bermula.
Booth TM sebagai penaja rasmi. Aku tengah aim baju Team Malaysia sebelah kanan. Cantik dan kualiti bagus. Kagum aku. RM 60.00 pula tu!
Kiranya jersey Adam yang aku beli untuk pakai masa hari raya. Tapi, Adam dah rasmi dulu...untuk this event. Selalu tanya bila nak beli jersey untuk dia sebab nak pakai sama dengan aku. Kebetulan jersey for kids, past season dah mark down.... murah, tu yang beli! Bukan jersey Man United saja, Chelsea, Liverpool, England dan macam-macam lagi team, dah mark down. Just head to any Al-Ikhsan, Real One BB, kalau tak percaya.
 (Kiri) Budak kecik sebelah stand by ajak pony racing.... hahahhah!       
(Kanan) Bonus! Adam dapat tangkap gambar personally with the trophy dengan wakil United.
Aku yang nganga, tak dapat join sebelah kuda! ahaha.
Sebelum balik, Adam nak jadi koboi kejap. Why? masa naik ke menara, ada pony rides for kids. RM10.00 for 2 pusingan, sebesar badminton court. Disebabkan tengok dia macam yakin saja nak tunggang kuda kecik tu, aku layankan. Sayangnya, adik Sarah tidur. Kalau tak, dia pun join sekali.

Yang bestnya, sebelum balik, ada wakil United nak ambil gambarnya dengan trophy. Bukan tak ada budak lain dekat sana. Kiranya, rezeki Adam hari tu.

No comments:

Post a Comment