Friday, August 12, 2011

Mari Berbuka Puasa di IKEA Damansara- Buffet RM39.90

Sekarang kita sudah pun melepasi Ramadhan ke 10, kira bolehlah start makan diluar. Collegue of mine recommend untuk buffet di IKEA Damansara. So, aku bawa family pergi mencuba. Menunya tak mengecewakan.

Dengan RM 39.90 untuk dewasa dan RM19.90 untuk kanak-kanak, eat all you can, tapi jangan membazir ya. Berdosa!

Antara menu yang rasanya menarik adalah Lamb Stew, Roast Beef, Salmon Spread Rolls dan Salt and Pepper Squids. Makanan lain pun sedap juga, tapi nak rasa yang lain pula.

Overall, okeyla cuba suasana berbuka diluar. Malangnya ada "insan yang kurang perihatin" bila masuk waktu berbuka. Orang tidak berpuasa sibuk nak dinner. Macam tak boleh dinner awal atau lambat sikit. Makan pula sambil lewa, sampai ada yang terpaksa berbuka berdiri kerana tiada tempat duduk. Tak percaya, pergi tengok sendiri. Pergilah berbuka di tempat-tempat makan awam seperti foodcourt KLCC, Pavillion atau Ikea itself...dan nilaikan sendiri.

Selamat beramal!

Tips untu makan buffet:
  1. Makan makanan yang jarang kita makan dan makanlah makanan yang mahal. Kalau ada lobster ke, burung puyuh ke, daging unta ke dan sbgnya- Makan! Tak pun buat rasa pun okey. Janganlah makan makanan biasa yang kita makan seharian seperti mee atau nasi. Rugiiii...
  2. Bila makan buffet jangan asyik minum saja. Asal ada pelbagai air pilihan dengan macam-macam warna, main sental saja sebelum main course. Pun dikira rugi. Kira istilah melayu, selang air. Silap haribulan, kembung air.
Aku malas nak snap gambar makanan today, so aku snap noticeboard saja.

No comments:

Post a Comment