Friday, August 5, 2011

Bersabarlah kawan-kawanku

Dah kecoh.
Masuk surat khabar sudah, TV pun sudah. Internet pun sudah...

Macam-macam versi cerita pasal syarikat ni. Yang pasti, hanya mereka yang pernah kerja disana, tahu akan kesulitan yang dihadapi. I'm so sorry for them. Diarahkan bercuti tanpa gaji, beberapa hari sebelum Ramadhan. Belum lagi masalah-masalah lain lagi. Betul-betul menguji kesabaran.

Those guys are the best, sanggup bersengkang mata, hasilkan naskhah buku-buku teks, majalah dari scratch hingga cetak dan edaran keseluruh sekolah, demi anak bangsa. Dan jangan fikir buat buku teks tu senang. Mereka yang berhati waja, semangat kental saja yang akan bertahan dan berjaya. Aku dah melaluinya dan tahu peritnya..

Aku doakan mereka sekeluarga dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki. Amin.

Hari-hari terakhir sebelum ditutup. Gambar dirakam dicawangan KL.

No comments:

Post a Comment