Wednesday, August 10, 2011

Koleksi Van Milo Mini

Mila, Mila?
Awak ni salah orang tak. Saya bukan Mila.
Bukan Mila. Cik ni siapa?
Milo!

Yaaa.. Milo. Giat aku mengumpulkan barcode-barcode Milo, al-maklumlah aku ni pengumpul model kereta (bersaiz kecil ya!) tapi tak seriuslah sangat. Budget tak ada nak hadap pelbagai jenis yang aku rasa payah nak cari dan kumpul. Model-model dari jenama Maisato, Hotwheels, Jada, Johnny Lightning dan macam-macam lagi bukan murah! sama mahal dengan harga Transformers leader class. Tu belum kira yang "exclusive".

Back to subject, petang tadi aku pergi terus Taman Mayang, Petaling Jaya. Orang tak ramai dan aku sampai pun 30 minit sebelum 5pm.(15 minit sebelumnya mencari tempat!).

Some cheap collection yang berjaya dikumpul.
Aku tebus barcodes yang aku kumpul dari bulan Jun. Sebelum ni aku ada hantar by post but tak sampai lagi. Kata wakilnya its takes 6 weeks to arrived to address given. Aku dapat tebus 2 jenis model kecil (8cm) dalam bulan Julai ni. Yang besar, bersaiz 14.5cm habis, jika tebus on spot. BUT if sent by mail still available dan kena banyak-banyak bersabar.
Upclose shot from left van Milo 80an, 90an dan Ducati GP11 Valentino Rossi.
By the way, model motor Ducati Valentino Rossi aku dapat di Parkson. Ada discount 20%  lagi. Harga asal, rm 33.90 so do the math berapa after less. :D

P/S: Nampaknya makin selalulah aku minum milo kat rumah...

More Info  http://www.milo.com.my/redemptions/home

No comments:

Post a Comment