Saturday, April 2, 2011

Mcdonalds- I'm NOT loving it!

Got 2 McD big breakfast voucher for free and today (March 31st) is the last day to redeem it. Dengan berbekalkan modal rm5.00 tiap satu boleh dapat 2 big breakfast meal dengan harga rm13.80. Murah!

Sampai di Mcdonalds MRR2 Selayang -Kepong jam 10.00. Dah ramai orang beratur. Said to myself boleh ni, as the promotion end jam 11.00 pagi. Beratur punya beratur dengan melihat pelbagai gaya dan ragam orang. Ada yang resah, muka bangun tidur, anak menangis, muka kena marah dengan gadis tercinta, muka macam dah lambat pergi date pun ada...

Noticed bila time promotion apa-apa pun, this one habit mesti ada. Habit "beratur seorang, sampai kaunter, 5-6 orang saudara mara, tuk nenek mencelah datang order sekali". Tak percaya, cuba pergi masa ada apa-apa promotion, geng mana yang ramai...mmmmm.

Yang bestnya, tiap satu family members pegang at least 4-5 voucher. Imagine, berapa ramai nak tunggu di sebabkan mereka-mereka yang mencelah. Mcdonalds MRR 2 pun satu, buka 2 kaunter saja. Tunggu punya tunggu, sampai turn aku jam 11.20am... aku pun dah starts angin tengok "geng-geng yang kemaruk redeem voucher yang banyak" macam tak pernah makan mcdonalds, siap take away. Mentang-mentang murah, tapaw untuk bekal satu hari... ingat-ingatlah orang belakang, wei!

Aku keluarkan 2 voucher. Budak kaunter tu cakap, " Abang, boleh order seorang satu saja"
Aku balas "Aik, apasal kaunter sebelah boleh order lebih dari 2 voucher.
" Diaorang datang awal, lagi pun sekarang dah lebih jam 11, jadi seorang dapat satu"
" Saya datang jam 10 pagi, lambat amende?"
" tak boleh bang."

Aku punyalah angin, budak kaunter still tak nak beralah, aku redeem 1 voucher saja. Malas nak buat scene lagi...Orang belakang perasan aku dah angin depan kaunter dan aku berani jamin, ramai juga yang angin. Disebabkan habit orang-orang suka bawak extra geng, ramai yang dapat lambat kena tunggu, silap haribulan habis... sia-sia beratur. Kalau redeem 2 voucher okey lagi, but kalau 3, 4, 5 voucher? Apa kes!

Kalau tahu macam ni, sungguh TAK NAK beratur- waste of time. Disebabkan aku tengah buat amal jariah untuk orang mengandung, aku sabarkan. Satu meal lagi Baby Sarah makan. Aku? Mood hilang dan penat berdiri... makan mamak pun tak teruk begini.

Mcdonalds Malaysia, I'm NOT loving it. Dan aku yakin, ramai yang beratur di belakang aku di Mcdonalds MRR2 Kepong pun NOT loving it dan setuju dengan aku...melihat ketaksuban "geng-geng yang angkut satu family dan redeem voucher more than 2 dan still buat muka "toya".

No comments:

Post a Comment