Tuesday, April 12, 2011

Malaysian Formula 1 GP at Sepang: Day 3 --FINALE!--

Badan dan kaki still sakit-sakit, tapi aku kuatkan semangat as today aku pergi lagi ke Sepang. Wife dan Adam tak ikut. Still penat dan nak jaga Baby Sarah. Merantaulah aku seorang bersama brother in-law ke Sepang. Naik bas ke Sepang jam 12.15 tgh dan sampai sebelum 2 petang. Macam biasa, my ticket come with return transport + lunch dan tea. Duduk di Zon Diamond, Mall Area. Biasalah ;).


Ramai orang kerumun tengok mat-mat saleh ni bersorak-sorak. Sungguh aku tak faham.
Terus masuk, tak singgah mana-mana. Terus ambil meal lunch dan makan. Orang ramai di Mall Area membeli belah barangan F1. Masa makan, aku tengok JK Racing Asia Series. Kurang best, so selama 15 min aku makan lunch dan turun berjalan- jalan sekitar mall, cuci mata.

Kebetulan, senior dari office lama (Haji Man) call, kata nak datang. So meetup masa race starts. lepak bersama Haji Man.


Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun Razak turun padang melihat persiapan terakhir sebelum perlumbaan bermula. Semasa berjalan, lagu Negaraku dimainkan. PM terus berhenti dan berdiri sebagai menghormati lagu Negaraku. Kami di grandstand pun bangun sekali apabila lagu Negaraku dimainkan.


Perlumbaan bermula selepas itu. Haji Man tengok race sambil makan. Jarang anak melayu dapat buat macam tu... huuhuuu! Half way through macam nak hujan, tapi tak. Macam- macam hal, yang terbang, stering tercabut, langgar belakang, overshoot pun ada. Memang thrill tengok F1 ni.

Full house. Dunno sama ada mencapai target SIC untuk dapatkan 100,000 penonton. Rasa macam lepas target.
Perlumbaan tamat sebelum jam 6 petang. Keputusan Sebastian Vettel nombor 1, Jenson Button kedua dan Nick Heidfeld ketiga. Pemandu Mercedes- Petronas, Michael Schumacher tempat ke 9... lagi adoi.

Berjalanlah aku dengan pantas untuk kejar bas terawal. Akhirnya naik bas jam 6.45 petang, Trafic jam di Sepang menyebabkan aku sampai KL jam 9.20 malam. Lewat! Penat sudah tentu...Selesai sudah F1 di Malaysia. Next stop China.




No comments:

Post a Comment