Tuesday, June 14, 2011

Selamat tinggal telco M dan Welcome back telco D-Part 2. FINALE!

Masa cepat berlalu. Banyak benda berlaku sampai terlupa perkara-perkara yang kita anggap kecil tapi besar kesannya. Semasa buat clean up blog aku, terperasan yang aku ada hutang satu cerita pasal Telco M yang overcharged aku.

Begini, aku dah pergi jumpa person incharge, bulan lepas rasanya.  Beritahu masalah, kenapa bill aku naik mendadak selama 10 hari, rm 260++ walaupun aku dah bayar rm100. Macam-macam alasan bagi. Kata aku buka internet lama, kadar dah naik.. blah..blah.. blah.....Lagi aku tanya , lagi dia jawab. Macam dah dilatih kalau berjumpa customer-customer yang masalah macam aku. Menjawab saja.

Fed up dengan tengok muka dia, aku bayar rm50. Siap tanya aku bila mahu bayar balance. Aku cakap, nantilah... Terus pergi. Panas.

Ada baki tak berbayar. Lepas rayalah jawabnya. Bukan ada faedah atau interest rate pun. Janji bayar. Kalau bapa aku kaya, bolehlah aku bayar tanpa banyak cakap.

Dari bayar full, baik aku buat makan anak-beranak. lagi bagus.
Sorrylah aku nak recommend Telco ni. Buat panas hati saja....rabak poket aku.

No comments:

Post a Comment