Friday, September 2, 2011

Hidangan di Pagi Hari Raya Aidil Fitri

Adam. Seronok nampak.....
Pejam celik, pejam celik berlalulah sudah Ramadhan. Sekarang sudah pun 6 Syawal. Budak-budak bergembira, berjumpa sepupu, atuk dan nenek/ wan, dapat duit raya....Aku pula selain jumpa bermaafan sesama saudara mara, aku makan aka food testing. Macam macam kuih raya aku rasa-Chocolate Chip, Samprit, Kuih Gunting, Biskut Arab, Mama Kerry? (Apsal nama kuih ni urban sangat?) dan macam-macam lagi. Kira kalau makan nasi tu macam rare menu masa hari raya.. Hohohoho....

Selain mencuba kuih raya, aku cuba hidangan lain semasa hari raya. Ada banyak lagi, tapi ini antara yang aku sempat cuba, terbaik semasa Aidil fitri ini. Recommended!

Enjoy the glorious meals, these festive season dan jangan lupa bermaafan sesama kita.

Sambal Udang + Petai = POWER!
Rendang Ayam Kampung.
Lontong.
Lodeh.
Sambal Tahun-setahun sekali je buat.
Rendang Kerang- mewah dengan kerang!
Ketupat Daun Palas.
Ayam Masak Kicap.
 

No comments:

Post a Comment