Tuesday, March 15, 2011

Projek Pavillion KL

Last Saturday ada project istimewa, pergi Pavillion KL. Why? Taking pictures of the UEFA Champions League (UCL) Trophy dan berjalan-jalan survey barang. Banyak kedai sale, yang tak sale, harga saja... huhu! Sampai saja nearly 4.20pm, terus cari makan at Pavillion Foodcourt. Punyalah ramai but still boleh cari tempat duduk.

Within 40 minutes selesai makan, terus naik concourse area. Dari jauh nampak trophy bola sepak kebanggaan eropah sejak dahulu, kira ramai dah pegang. Nasib baik trophy on tour, merasalah pegang.

Kilat sungguh. Emcee kata the real one.
Pentas utama penuh dengan peminat.
Orang ramai beratur ikut turn bergambar dengan trophy. Free photo!
Beratur tak sampai 20 minutes, then our turn. Me dan Adam. Tetiba Adam takut sebab orang ramai kerumun depan pentas.
" Adam tak maulah Abah, takutlah. Nak duduk dengan baby Sarah"
" Jomla, kejap je," still pujuk ni.
Senyap. Terus pergi ke maknya.

Tak mahu buang masa terus pergi seorang tangkap gambar dengan trophy. All pictures taken using Polaroid and it's free. Camera phone pun snap juga, wife ambil.

Antara barangan yang digunakan oleh committee UEFA dan jersey player pasukan yang bertanding.
Kejap saja dapat gambar.Tengok balik dari tempat beratur, ramai orang still nak ambil gambar. Ada yang bawa lens panjang sejengkal, 2 jengkal... Pergh!..aku pakai phone aje. Pocket camera tak on. Dah dapat polaroid. Dapat juga snap beberapa barangan yang digunakan semasa game dan jersey club yang bertanding.
p/s: Sorry, Bolton tak masuk. lain kali ok.

Terus naik Parkson dan still pujuk lagi. Sambil tu, jumpa mascot "Mr Potato Head", okey pula nak tangkap gambar. Lepas saja tangkap dengan kentang besar tu baru okey nak tangkap dengan trophy. Itu pun nak aku duduk sebelah. Terus turun berdua, while wife and Sarah tunggu kat Baby Gap. Tak sampai 10 minutes beratur, selesai. Tengok gambar, terus senyum.


Terus berjalan-jalan sekitar Pavillion. We survey lots of stuff, antaranya jersey AC Milan Adidas, kasut Adidas JS Wings by Jeremy Scott, Toddlers stuffs, Lego figures Adam dan macam-macam lagi.
Adidas JS Wings by Jeremy Scott. RM799.00! Test saja.
Adam dan budak-budak yang lalu depan Parkson's kids department bergembira sakan pasal jumpa Optimus Prime dan Bumblebee. Riuh!

Checkout Pavillion-8.25pm. Terus ke parking, pulang dan penat. Parking pula kena rm12.00. Ya, you heard me, rm12.00. Mahal sungguh! Parking Midvalley pun tak semahal tu, walaupun dah naik sikit.

No comments:

Post a Comment