Friday, July 29, 2011

Kita telah mencuba. Tiada rezeki.

1-1 full time di Stadium Bukit Jalil.
Singapura layak ke pusingan ke3-Kelayakan Piala Dunia. Aggregat 6-4.

Kepada mereka yang menyaksikan game tersebut, anda tentukan. Aku malas nak buat review panjang-panjang, takut ada yang terkecil hati. Silap haribulan, kena ban. Ah-ha!

Pasukan Harimau Malaya kena kuatkan semangat.
Dah tiada rezeki.
Kita cuba lain kali. Go Malaysia!

Tuesday, July 26, 2011

Tiket perlawanan Malaysia vs Singapura dijual 9 pagi esok!

Bermula 26 Julai, jam 9.00 pagi, tiket perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia vs Singapura akan mula sehingga pada hari perlawanan, 28 Julai 2011.

Tiket mulai dijual dari 9 pagi - 7 malam di :
- Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Pintu A, Stadium Shah Alam.
- Penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan. Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my

Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
- RM50 untuk tempat duduk utama (grandstand),
- RM30 (terbuka) dan
- RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Malaysia yang kalah 3-5 di Kota Singa, memerlukan perbezaan jarak 2 mata at least di Stadium Bukit Jalil untuk mara dan berbekalkan 3 gol lalu di pihak lawan rasanya tidak mustahil. Asalkan defend marking betul-betul. Jangan leka! Bahagian serangan kita bagus, midfield kena lebih kreatif dan banyakkan hantaran ke kawasan lawan. My 2 centla.

This is the time to make it happen! Go Malaysia!

More info
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiketperlawananMalaysia-Singapuradijual9pagiesok/Article

http://www.tickethotline.com.my/index.php/featured/world-cup-2014-qulifying-malaysia-vs-singapore/

Thursday, July 21, 2011

Malaysia xi 0- Chelsea 1

Riuh.

Satu kedai mamak riuh. Yang pakai baju Chelsea diam saja. Mungkin tak menyangka, pasukan Malaysia melawan. Ya. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya bimbingan Ong Kim Swee. Kita hampir-hampir mengikat Chelsea seri-0-0 sehinggalah Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil free kick terkena tiang, melantun terkena belakang keeper dan melintasi garisan gol. 1-0. Bola tersebut dikatakan atas garisan telah diiktiraf masuk oleh linesman.

Malaysia cuba bangkit, tapi sudah terlambat. Penyerang kita memperoleh banyak peluang jaringan tetapi tersasar. Sampaikan bola yang patutnya senang masuknya gagal disudahkan. Mungkin takdir dan nasib tak menyebelahi Malaysia.

Kredit to our defender and keeper yang bertungkus lumus menahan asakan Torres, Sturridge, Drogba even tandukan John Terry.

Wednesday, July 20, 2011

Transformers Tumbler from 7 Eleven Krabi, Thailand

Thank youuuu, uncle!

Ole-ole dari MyBigBro yang baru pulang bercuti dari Krabi, Thailand, untuk Adam dan aku. Cantik sekali. Yang aku hairan kenapa 7 Eleven Malaysia tidak keluarkan tumbler macam 7 Eleven Thailand. Nak kata mahal tidak juga. Each cost RM4.90 siap dengan air.
Cantik dan got 2 design to choose from.
Lebih murah dan besar dari promo tumbler di TGV dan Cineleisure Damansara.
 Penutup dengan insignia Autobot dan Decepticons. Cuba teka kaki siapa?