Sunday, May 29, 2011

Barcelona is the 2011 UEFA Champions League Winner

More Info: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/3606983/Man-Utd-boss-Alex-Ferguson-No-shame-in-losing-to-the-greatest.html

Ingat tidur awal boleh lepak tengok bola Final Man Utd vs Barcalona dengan kawan-kawan di Cheras. Sekali terbabas! Tengok jam 2.30am.. perghhhh.... bergegas ke mamak dekat rumah. By the time sampai sana, full! pack jammed. Tiap-tiap kedai mamak, kedai tomyam, apa saja yang ada live telecast Champions League, penuh. Kalau dengar Final Man Utd vs Barcelona, lagi penuh. Sampaikan cawan pun habis. Itulah penangan bola sepak di Malaysia, expecially pengaruh dari pasukan-pasukan EPL.

Terus cari seat. Dapat satu spot dekat tempat buat air. Kalau nak duduk sorang satu meja, jangan harapla. Duduk saja dengan sesiapa pun. Kalau MUFC supporters ok juga, aku semalam sebelah mamat Barcelona. Bayangkan, result 3-1 Barcalona, 3 kali score, 3 kali dia melompat dan berjoget, macam menang loteri 100 billion rupiah! hahah...disebabkan budak mentah aku layankan saja.

Ok, about the game, senang cerita Barcalona main bagus. Deserve to win. Mostly national Spain player, so kesefahaman tu ada. Man Utd kena usaha lagi, walaupun semalam banyak cubaan-cubaan menarik. Sir Alex pun mengakui "We were beaten - there is no other way to address the situation - by the best team.

Nak komen panjang pun tak guna. Ramai lagi juru-komen alam siber bagi ulasan pasal game semalam. So sila cari for more info. Pada aku, best team win. Kalah apadahal! Tahun depan masuk lagi. Bukan guna duit poket aku pun, aku support saja.

Balik jam 5 pagi lepas throphy presentation. Mengantuk.....
Congrats Barcelona!

p/s: Mungkinkah badi baju putih away, make Man Utd fail to deliver? Anda tentukan!

Monday, May 23, 2011

19 is the new number for Manchester United!

CHAMP19NS! Kejuaraan ke-19

Baru balik kedai mamak tengok last game Premiership. Penuh macam biasa expecially big game. Blackpool give one hell of a fight for survival, making 1-1 half time, but end up kena balik dengan one own goal by Evatt dan one finisher by Michael Owen, making it 4-2 full time. Congrats! One down and one to go. Champions League, minggu depan dengan Barcalona!

Best wishes and good luck to Van de Sar. Will be tough job finding suitable candidate replacing him.

Tearing You Apart Since 1991, Glory, Glory Man United!

Saturday, May 14, 2011

Adidas TRX

Nice. Empat perkataan saja menggambarkan tentang kasut ni. Keaslian disahkan. Selepas beberapa tahun tak sangka jumpa kasut ni, kena dengan saiz aku. Selepas gagal mencari merata KL dan sekitar, cari pula di eBay-jumpa, tapi tak berani nak tekan butang Bid/Buy it Now. Why? Mahal yaaaaaaa amat. Tak percaya, tengok sendiri di eBay. Tu belum masuk kos shipping/ postage.  Now me happy.

Inilah dia kasut pujaan hati dolu...
Kasut ini reissue from 70's, jadi tak hairanlah kasut ni nampak a bit retro looking, tidak seperti kasut buatan sekarang. Bagi retro lover, warnanya Navy/Yellow tapi pada aku kuningnya, "more flourocent" sedikit. Sebahagian besar atas kasut terdiri daripada "Mesh" dan "Suede". Ia juga menyerupai elemen reka bentuk kasut asal tahun 1976 termasuk "3 Flourocent Stripes" dan "Circular Mold Disc Pattern Outsole" - untuk cengkaman tambahan.

Antara elemen rekabentuk TRX
Datang dalam dua warna- Navy/ Yellow dan Grey/ Blue. Sayangnya, susah nak nampak kasut-kasut macam ni di rak- rak kedai, di Malaysia. Kalau ada pun kuantiti sedikit. Daripada info, Malaysia mempunyai ramai shoes collectors. For me, beli dan pakai, walaupun rare sekali pun-pakai. Tak dapat Adidas Jeremy Scott 2.0 (rasanya kasut tu hip sangat...) pun okey,  Adidas TRX kan ada! Alhamdulillah, syukur.
Left: Grey/ Blue and Right: Navy/ Yellow
Baby Sarah with my shoes!
Terima kasih kepada En. Farhan dan parents.- TOSS= The One Stop Shoes di Facebook. God bless!

Tuesday, May 10, 2011

Lawatan ke Amcorp Mall. Shocking sehh!

Last week, berjalan-jalan di Amcorp Mall, tempat where you can find almost everything new and rare stuff. With the power of good bargaining, you might walk away with cool stuff expecially kalau terjumpa barangan idaman hati. Tak kiralah, old record player, tupperware (design baru atau lama), tin dan botol coca- cola, signage kedai kopi dulu-dulu, topi askar German, pelbagai jenis Transformers even benih pokok bunga pun boleh dapat di sini.

Tidak meletakkan apa-apa sasaran utk jumpa apa-apa pun, disini takut terkecewa. So, kalau nampak apa yang berkenan dan harga bagus, aku sapu...opsss... beli.

Sedang elok berjalan-jalan sambil cuci mata, terserempak dengan this shoes diatas salah satu meja seller di Amcorp Mall. Too obvious not to notice. Tak sangka, jumpa kasut idaman hati yang last sekali tengok tahun 2007 di Ampang Point. Tak grab kerana saiz tiada.
Adidas TRX sneak peak. Later, preview.
Yang bestnya, cuba fitting dan tadaaa! muat. The seller (husband and wife) said "tinggal satu", anak beli dekat UK tapi salah saiz. Disebabkan tak bawa cash banyak, aku reserve pakai "ayaq liuq" dengan harapan seller simpankan. After 2 days, meet up dekat Bandar Baru Bangi untuk COD. Later, aku bagi review.

Adam got his small transformers, Wifey and Sarah got their stuff. Me? pending but puas hati.