Wednesday, July 6, 2011

Buffet durian at SS2 Petaling Jaya

Durian.
Siapa mahu makan sampai kenyang perut suka hati, angkat tangan!!

My informer beritahu buffet durian di SS2 Petaling Jaya sudah kembali. Makan sampai pengsan dengan harga RM15.00 sekepala... murahlah kalau buffet, beli ikut kilo siaplah poket.

Banyak pilihan, ikut suka. TAPI mampu ke habiskan?
Aku sampai lepas maghrib dengan usual suspect, Adam dan Wife. Sarah dengan neneknya. Sampai saja, sudah ramai orang di gerai. Actually ada 3 gerai durian buffet ni, the favourite one is durianss2.com. Informer recommend this place ini sebab staff dia jujur dengan bagi durian yang elok, serta ramah (tala sombong...) Kami berdua makan 7 biji durian, Adam seulas je...tak pandai makan durian lagi. Selepas itu surrender... tak boleh tahannn.
Ini saja yang larat. Dah tak boleh tahann......
Kami menjadi pengunjung setia gerai ini since last year, tak sangka ada gerai murah macam ni. Memang puas hati pilih yang RM15 satu kepala, instead of yang RM9.00 sekepala yang terhad untuk durian kampung sahaja. RM15 sekepala ada pelbagai pilihan, tetapi durian yang paling mahal tidak termasuk ya...yang itu dikira timbang.

Lokasinya ialah di SS2, PJ. Bersebelahan dengan balai polis SS2 terdapat stesen minyak BHP. Dekat juga dengan famous kedai makan Murni. So, ketiga-tiga gerai berada di belakang BHP. Gerai durianSS2.com ni gerai yang di hujung sekali dekat exit keluar ke stesen minyak.
Lemak berkrim!
Memang berbaloi dengan wang. Aku dah sangat kenyang dengan durian. Kalau nak repeat pun mungkin hujung bulan. Kepada kaki-kaki durian, moh kita.

Tuesday, July 5, 2011

Manchester United Trophy Tour 2011 in KL! Part 2

Today will be the last day to see the trophy. The best part is seeing ex keeper, Van der Sar today at KLCC.

Edwin and the trophy will be at the Suria KLCC park by the water fountains, at the foot of the Petronas Twin Towers, between 19:45 and 20:15 local time.

Get there early to avoid disappointment.

Apa lagi,lepas kerja pergilah KLCC jumpa en. Van der Sar. Bawalah jersey ke gambar untuk autograf.

Original Link http://www.manutd.com/en/Asia-Trophy-Tour/Asia-Trophy-Tour-News/2011/Jul/Meet-Edwin-in-KL.aspx

Sunday, July 3, 2011

Makan di Village Park, Uptown Damansara

Sempena this upcoming Ramadhan, I will give some review and recommendation for tempat makan-makan atau berbuka puasa. Dengan harga yang berpatutan, kita boleh dapat good food. Segala review yang aku buat, tidak dibayar/belanja oleh tokey kedai. Hanya untuk recommend kawan-kawan dan para readers. Benda baik apa salahnya kita cerita.



So first is kedai makan Village Park, Uptown Damansara.

Went there last week. Recommended by several people. Ask me to try the famous nasik lemak, (yes, i did..) at Village Park Restaurant, Uptown Damansara. Sebelah kedai basikal Joo Ngan Son. Their specialty is nasi lemak with ayam goreng berempah. My wife ordered the Mee Rebus. Adam wanted butter and kaya toast bread with half boiled eggs.

The nasi lemak is the best, terbaik, ayam goreng dia. Crunchy and tasty sampai ke tulang. The price also reasonable. For nasik lemak with quarter chicken, the price is RM7.70. My wife's mee rebus also sedap, kuah pekat and cukup rasa. Price is RM6.00.

Nasi lemak with ayam goreng berempah.
Mee Rebus.
Butter and kaya toast bread with half boiled eggs
Several famous person pernah makan situ, antaranya Tun Dr. Mahathir, Ustaz Harun Din, Rafidah Aziz, dan ramai lagi. Walaupun VIP atau artist makan dekat sini, bukan bermakna  harga makanan sini mahal. Jangan takut, harga berpatutan untuk rakyat jelata. Lebih kurang sama saja harga makan di kopitiam.

Tak sangka Tun Mahathir makan sini.
One thing yang anda patut tahu, parking. Yes, parking problem.  Park properly, kalau tidak, kena tow dengan MPPJ. Kalau naik motorsikal, lagi senang nak parking.

Ada alamat restoran atas resit ni. Sila copy ya!
They opened daily, early morning until 7pm. For this upcoming fasting month, they will open only on second and third week of fasting month. They will extend their operation until 9pm. Kalau terpergi area Petaling Jaya semasa nak berbuka, singgahlah sini.

Friday, July 1, 2011

Manchester United Trophy Tour 2011 in KL! Part 1

Berita panas baru masuk sebelum masuk tidur. Mengikut link diatas, KLCC merupakan tempat pertama dalam lawatan Trophy Tour 2011. Pada hari Ahad, 3 Julai 2011, jam 1.00 tengahari. Sayangnya, hanya untuk MyManUtd members sahaja. Terhad 150 orang. Tempat car park KLCC.

Hari yang sama, Menara KL pada jam 3.30 petang hingga 6.00 petang, Open for all.

Bekas keeper, Van der Sar serta rombongan akan ke Kuala Lumpur pada hari Selasa, 5 Julai sahaja. Andrew Cole, absent. Family matters..... Van der Sar akan berada di Hublot Boutique at Starhill Gallery
jam 5 hingga 7 petang.

Baru-baru ini di Twitter melaporkan Ex-keeper, Van der Sar dan Andrew Cole sebagai duta ke Malaysia dan Singapore. Rio Ferdinand di Jakarta dan Thailand manakala Patrice Evra di China. Park Ji-Sung di Hong Kong.

Sebarang kesilapan amat dikesali. Info ini dikumpul daripada pelbagai sumber. Hope this help and have fun!

"Kejayaan anda, kebanggaan kami".. hahahahha....

Original Link http://www.manutd.com/en/Asia-Trophy-Tour/Asia-Trophy-Tour-News/2011/Jul/Trophy-heads-to-Kuala-Lumpur.aspx

http://www.manutd.com/en/Asia-Trophy-Tour/Asia-Trophy-Tour-News/2011/Jun/Edwin-set-to-join-Asia-tour.aspx

http://www.manutd.tm.com.my/

http://joshuaongys.com/2011/06/manchester-united-barclays-english-premier-league-the-champions-trophy-asia-tour-in-malaysia/